Categories: Tips & Petua

Teknik Tanam Bawang Merah Sendiri Dengan Mudah, Jom Kita Belajar!

Ternyata, ada teknik tanam bawang sendiri dengan mudah tanpa perlu penjagaan yang rumit. Selepas 3 bulan, kita sudah boleh menuai hasil tanaman. 

Ramai yang menganggap harga bawang pun sudah mahal, lebih baik menanamnya sendiri di rumah, ini caranya sangat mudah. Peningkatan kos sara hidup pada hari ini menjadi satu tekanan yang dirasai oleh semua pihak.

Ketika ke pasar raya membeli-belah, ramai yang merasakan kuasa membeli semakin mengecil dari semasa ke semasa. Misalnya ketika membeli barang basah, sesetengah sayur-sayuran yang diimport dari luar negara, harga jualannya tak menentu.

Maka, ramai yang memilih untuk berjimat-cermat dan membuat pembelian hanya untuk barang keperluan sahaja. Antaranya, ada yang mula berjinak-jinak dalam aktiviti bercucuk tanam skala kecil, dengan menanam sayur-sayuran sendiri.

Baca juga: Rahsia Daun Bawang Yang Ramai Tak Tahu, Banyak Manfaatnya Tau!

Banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam tanpa memerlukan kawasan tanah yang luas. Contohnya, anda boleh mula menanam cili, terung, tomato, pokok kari, kubis, bawang dan lain-lain lagi.

Selain mudah dijaga, tanaman seperti ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk ditanam. Bercakap mengenai bawang, adakah anda pernah terfikir bahawa bawang sebenarnya boleh ditanam di tepi rumah?

Namun, untuk mendapatkan hasil yang banyak, teknik yang betul perlu digunakan untuk menanam bawang tersebut. Jadi, hari ini MyResipi ingin berkongsi tip menarik cara menanam bawang yang pasti berhasil.

Ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Misnah Olo. 3 bulan sudah boleh mula dituai. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

TEKNIK TANAM BAWANG SENDIRI DI RUMAH, 3 BULAN BOLEH TUAI

Menurut Misnah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan bawang. Bawang itu kemudian dipotong sedikit di bahagian atas supaya daun bawang dapat tumbuh.

Penyediaan tanah menggunakan dua campuran tanah seperti tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.

“Tanah yang saya gunakan adalah campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah. Tanah mesti berlubang dan mampu menyerap air,” tulis Misnah.

Selain itu, bawang ditanam secara sebiji-sebiji dan dibenam sedikit ke dalam tanah.

“Bawang ditanam sebiji-sebiji, jangan ditanam terlalu dalam. Pastikan untuk menjarakkan jaraknya supaya hasilnya banyak.

“Tanam terus di bawah cahaya matahari. Siram tanaman dua kali sehari. Pada awal pertumbuhan, pastikan tanaman mendapat air yang mencukupi.

“Gunakan baja setiap dua minggu sekali. Setelah bawang mula tumbuh, siram tanaman sekali sehari sahaja. Pastikan air tidak terlalu banyak, kerana ini akan menyebabkan buah-buahan membusuk.

“Saya anggarkan dalam masa tiga bulan, bawang sudah siap untuk dituai. Yang paling penting, jangan petik daun bawang terlalu awal, kerana ini akan mengganggu pertumbuhan bawang. Bawang boleh dituai apabila daunnya telah kuning dan kering sedikit. Selamat mencuba,” tulis Misnah.

Menarik bukan? Anda boleh mencuba menanam bawang sendiri di rumah seterusnya. Semoga bermanfaat

Sumber: Facebook Misnah Olo

Baca juga: Kenali Jenis-Jenis Bawang Yang Sering Digunakan Dalam Masakan, Jangan Tertukar!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago