Tebu telur merupakan sejenis sayur yang jarang ditemui dan tidak ramai yang pernah menikmatinya. Ia juga jarang dijual di mana-mana kedai makan.
Pokok sayuran ini sama seperti pokok tebu. Rupanya pula seakan-akan jagung tetapi rasa isi seperti telur ayam. Teksturnya juga halus seperti telur ikan.
Pelbagai masakan boleh dibuat menggunakan sayuran ini. Contohnya masak lemak putih, telur dadar, dicampur ke dalam nasi dan sebagainya.
Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa sayur ini, mungkin anda boleh cuba mencarinya di pasar rasa atau pasar basah. Kemudian boleh dimasak kepada lauk yang anda sukai.
Baca juga: Sayur Lemak Jambu Golok Dengan Sotong, Lauk ‘Rare’ Orang Terengganu
Ini sayur tebu telur. Bukan tebu yang dikisar untuk dibuat minuman. Tetapi spesis yang rasanya seperti telur jika dimasak. Selalunya dimasak berkuah. Santan atau bening/masak air.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Rendam suhun dalam air panas terlebih dahulu supaya kuah tidak kering tersejat apabila dimasukkan ke dalam hidangan.
2. Di dalam periuk, satukan semua bahan serta air secukunya. Jangan lupa perisakan mengikut cita rasa masing-masing.
3. Biarkan sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Siti Aafifi
Baca juga: Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…