Categories: Informasi

Team Manis Atau Team Savori? Perdebatan Selera Malaysia Bermula!

Manis atau savori? Nampak macam soalan mudah, tetapi kalau ditanya kepada rakyat Malaysia, jawapannya pasti berbeza.

Ada yang sanggup memilih pencuci mulut setiap kali makan, manakala ada pula yang tidak boleh berpisah dengan hidangan berempah dan berkrim.

Jadi, anda pula Team Manis atau Team Savori?

Sempena Hari Malaysia, Anchor Butter membawakan kempen Manis vs Savori Selera Malaysia bagi meraikan kepelbagaian cita rasa rakyat Malaysia dan membuktikan bahawa satu mentega berkualiti mampu melengkapkan kedua-dua jenis hidangan.

Lebih menarik, kempen ini bukan sekadar berlangsung di media sosial. Ia turut menghimpunkan penyampai Hot FM, chef popular, Seismik Makan dan orang ramai untuk menentukan hidangan yang paling layak mewakili Selera Malaysia.

Anchor Butter satukan DJ Hot FM dan chef popular dalam cabaran Manis vs Savori

Bagi menghangatkan persaingan, penyampai Hot FM, AG dan Chef Arieni Adriena, pengasas Gula Cakery, akan mewakili Team Manis, manakala Fizi dan Chef Anis Nabilah pula akan mewakili Team Savori untuk menghasilkan hidangan menggunakan Anchor Butter.

Seismik Makan pula akan membawakan dua episod video khas yang dihoskan oleh Amat Larbsib. Satu episod memfokuskan kepada hidangan manis, manakala satu lagi menampilkan hidangan savori.

Namun, ia bukan sekadar video memasak biasa. Ketika satu pasukan sedang memasak, pasukan lawan akan cuba mengganggu mereka dengan usikan dan cabaran yang mencuit hati.

Di sebalik gelagat mereka, penonton juga dapat melihat bagaimana Anchor Butter membantu menghasilkan hidangan yang lebih kaya, berkrim dan menyelerakan.

Kenapa Anchor Butter sesuai untuk hidangan manis dan savori?

Diperbuat daripada 100% susu lembu New Zealand, Anchor Butter menawarkan rasa mentega yang kaya dan tekstur berkrim untuk menyerlahkan pelbagai hidangan, daripada kek dan biskut hingga pasta, ayam buttermilk dan resipi tempatan.

Bukan sekadar pilihan untuk baking, Anchor Butter juga sesuai digunakan dalam pelbagai masakan harian, menjadikannya mentega pilihan untuk hidangan manis mahupun savori.

Kini giliran anda tentukan pemenangnya

Kemuncak kempen Manis vs Savori Selera Malaysia akan berlangsung sempena Hari Malaysia di acara Keretapi Sarong.

Sempena Hari Malaysia di Keretapi Sarong, orang ramai berpeluang merasai sendiri kedua-dua hidangan sebelum mengundi pasukan pilihan mereka.

Caranya mudah:

Cuba hidangan Team Manis
Cuba hidangan Team Savori
Pilih kegemaran anda
Buang undi
Undian anda akan menentukan hidangan manakah yang layak bergelar Selera Malaysia.

Team Manis atau Team Savori? anda penentunya

AG dan Chef Arieni mewakili Team Manis, manakala Fizi dan Chef Anis pula mempertahankan Team Savori.

Sekarang tiba giliran anda pula.

Ikuti siri video khas daripada Hot FM dan Seismik Makan, kemudian hadir ke acara Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia untuk merasai sendiri kedua-dua hidangan dan menentukan pasukan pilihan anda.

Team Manis atau Team Savori? Apa pun pilihan anda, dengan Anchor Butter, mesti jadi!

Mimie

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

3 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

3 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago