Pernah merasa Tauhu Berlauk? Resipi ini viral tahun lepas tapi kalau nak buat untuk berniaga pun tiada masalah. Memang ringkas dan mudah!
Zaman sekarang ramai yang terhimpit dengan tekanan ekonomi yang semakin parah. Tidak hairanlah kalau ada yang terpaksa mencari peluang untuk tambah pendapatan.
Sedia maklum semenjak beberapa tahun ini pelbagai menu resipi viral bukan sahaja menjadi fenomena kepada ibu-ibu malahan juga peluang ini disambut baik oleh mereka yang pandai memasak sebagai peluang untuk menjana pendapatan.
Baca juga: Jom Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan. Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat
Sesuai dah nak cuti sekolah ketika ini, menu ini antara yang cepat disiapkan dan tak renyah. Kalau buat lebih, boleh disejukbekukan. Bila nak makan, terus goreng je kan.
Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Lynn Koo telah berkongsi resipi tauhu berlauk frozen buat suri rumah yang ingin mencari pendapatan lebih.
Nampak menyelerakan dan sedap! Apa kata korang cuba sendiri, confirm ramai suka! Walaupun bahan-bahan yang digunakan nampak banyak namun kebanyakkan bahan itu mudah di dapati dari kedai-kedai biasa.
RESIPI TAUHU BERLAUK
Bahan kisar:
- Tauhu biasa (4keping)
- Tauhu telur/egg tofu (2 batang)
- Telur (2 biji)
- Sedikit air
Bahan A:
- Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
- Bawang merah (hiris)
- Carrot (hiris)
- Daun bawang (hiris)
- Daun sup (hiris)
- Cili besar merah (hiris)
- Lada putih (kisar)
- Garlic powder
- Bahan perasa
- Gula (sedikit sahaja)
Bahan celup:
- Telur (pecahkan)
Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecil-kecil (tengok contoh pada gambar)
3. Boleh isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun?
4. Dah siap boleh kukus selama 20 minit.
5. Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas.
6. Boleh frozen kan atau terus goreng.
7. Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna.
RESIPI SAMBAL KICAP PADU
- Cili padi
- Bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
- Gula
- Kicap manis (Tumbuk)