tanam bayam brazil

Rupanya kita boleh tanam Bayam Brazil dalam botol plastik saja. Sayur ini merupakan tanaman yang senang tumbuh, malah tidak memerlukan penjagaan rapi atau rumit.

Bukan itu saja, sayuran ini juga dapat membiak dengan cepat. Hanya memakan masa beberapa minggu selepas ianya ditanam sebelum hasilnya sedia untuk dituai.

Cara menanam bayam brazil juga boleh dikatakan sangat mudah. Cara semaiannya hanya menggunakan keratan batang yang dip0tong dalam 4 hingga 7 cm. Kemudiannya dicucuk di dalam pasu 1/3 dalam tanah.

Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik

Selain cara ini, ada cara lain yang boleh diguna iaitu ditanam dalam botol plastik. Caranya dikongsikan oleh Cik Puan Zainol Yunus. Selain mudah dipetik, ia juga mudah dialihkan dan daunnya merimbun cantik. Jimat ruang dan tanah.

Berikut merupakan perkongsiannya:


Cara Tanam Bayam Dalam Botol Plastik

Salam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanam bayam brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

  • Botol plastik
  • Tanah organik
  • Anak bayam brazil
  • Pen Marker
  • Pemateri elektrik (soldering iron) /besi panas

Cara-Caranya

1. Tandakan bulatan-bulatan kecil pada botol plastic menggunakan marker untuk dibuat lubang.

2. Tebuk bulatan ditandakan tadi menggunakan alat pemateri elektrik atau besi panas.

3. Buat juga lubang di bawah botol agar menjadi laluan air yang berlebihan.

4. Kemudian masukkan tanah organic ke dalam botol (tanah organic ni campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa ; boleh beli sahaja di nurseri)

Gunakan corong (buat sendiri) untuk mudah memasukkan tanah tersebut ke dalam botol.

5. Dapatkan anak benih daripada pokok yang dimakan ulat, buang daun-daunnya dan tinggalkan tunas sahaja.

6. Sebelum cucuk batang bayam brazil pada lubang-lubang botol tadi, masukkan air supaya tanah lembap, mudah tanam batangnya.

Ini hasil bila ditanam dalam botol plastik.


Selamat mencuba!

Baca juga: Stok Cili Boh Tahan Berbulan Tak Berkulat, Masukkan INI Masa Rebus Dan Kisar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN