Categories: Informasi

Tak Perlu Beli, Jom Cuba Resepi Cendol Homemade, Sedap & Kenyal!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-04 06:19:45

Sedapnya kalau panas-panas dapat makan cendol kan? Rasa sejuk je dekat tekak. Tapi itu lah, kalau nak keluar makan dengan satu family pun agak susah juga lebih-lebih lagi zaman kegawatan ekonomi ni, pastilah kena jimat kan. Nak makan tapi nak jimat, senang je caranya. Jom cuba resepi cendol yang dikongsikan oleh Resepi Kuih Dan Masakan di laman Facebooknya.

 

Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan

Bahan-bahan:

  • 5 Sudu makan – Tepung beras
  • 1 sudu makan – Tepung gandum
  • 1 sudu makan – Tepung pulut
  • 10 helai daun pandan diblend – ambil air sahaja.

 

Cara-cara:

1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.

2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.

3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.

4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.

5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

Dah siap bab cendol.

Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan

 

AIR CENDOL

Bahan-bahan:

  • 1 Kotak Santan Segera – santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
  • 1 Cawan air masak
  • Gula Merah secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam

 

Cara-Cara:

1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak ke dalam periuk.

2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)

3. Bila dan mendidih tutup api.

4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.

5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.

Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan

 

Selamat Mencuba!

 

Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan

myresipi

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

9 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

12 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

12 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

13 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

13 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

13 hours ago