Setiap kali teringin nak makan yong taufu mesti teringat yang di pasar malam kan? Tapi disebabkan PKP di beberapa buah negeri, jadi agak susah untuk sesiapa yang nak keluar. Tapi jangan risau, kita boleh cuba buat sendiri di rumah je dan lebih memuaskan. Boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Jadi apa kata kita cuba resepi yong taufu yang dikongsikan oleh Anissa Ismail di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

RESEPI YONG TAUFU

Setiap kali teringin nak makan yong taufu mesti teringat yang di pasar malam kan? Tapi disebabkan PKP di beberapa buah negeri, jadi agak susah untuk sesiapa yang nak keluar. Tapi jangan risau, kita boleh cuba buat sendiri di rumah je dan lebih memuaskan. Boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Jadi apa kata kita cuba resepi yong taufu yang dikongsikan oleh Anissa Ismail di Facebook.

BAHAN A – SOS HITAM
  • 6 sudu makan taucu

  • 4 sudu makan tepung jagung.

  • 1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)

  • 8 sudu sos tiram

  • 8 sudu gula pasir

  • 6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)

  • 2 ketul kiub ikan bilis

  • Garam secukup rasa

Kredit: Anissa Ismail
CARA PENYEDIAAN
  • Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar.

  • Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan texture kuah menjadi sempurna

  • Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan.

BAHAN B – KUAH SUP
  • 3 ulas bawang putih – dititik

  • 3 hiris halia

  • 2 ketul kiub pati ikan bilis

  • Garam secukupnya

  • Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)

  • Daun bawang

  • Bawang goreng

  • Air masak (anggaran 1 jug setengah)

Kredit: Anissa Ismail
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.

  • Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.

  • Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.

Kredit: Anissa Ismail

Kredit: Anissa Ismail

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN