tahuyaki

Anda hendak mencuba menu baharu yang dikenali sebagai ‘Tahuyaki’? Ia seakan-akan Takoyaki, tetapi berdasarkan tauhu. Rasa yang hampir sama, tetapi lebih mudah dan menjimatkan!

Untuk peminat makanan Jepun, pasti sudah biasa menikmati takoyaki, sejenis snek yang mula popular di Kansai dan kini menjadi antara snek kegemaran di seluruh dunia.

Baca juga: Resipi Cromboloni Viral (Croissant + Bomboloni), Simple Dan Mudah!

Walaupun Takoyaki mudah didapati kini, tetapi untuk menghasilkan snek ringan ini memerlukan masa yang agak lama dan perkakas yang lengkap, bukan?

Bagaimana cara untuk membuat Tahuyaki ini? Mari ikuti resepi yang dikongsi oleh Lisa Aisha ini.

RESIPI TAHUYAKI (TAUHU + TAKOYAKI)

tahuyaki

Bahan-bahan utama:

  • Tauhu Poh (jenis petak)
  • Sosej/crabstick – kalau nak guna isi jenis lain pun boleh, ikut selera masing-masing
  • Sos takoyaki/sos okonomiyaki (boleh beli dalam talian)
  • Mayonis
  • Cili sos
  • Bonito flakes
  • Serbuk seaweed 

Bahan-bahan salut:

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan isi (sosej/crabstick) dalam tauhu
  2. Buat adunan tepung (bahan salut) – tepung kena cair jangan pekat
  3. Celupkan tauhu kedalam adunan tepung
  4. Kemudian goreng tauhu ke dalam minyak yang panas.
  5. Setelah seketika, tuang sedikit adunan tepung diatas tauhu.
  6. Kacau seketika supaya tepung melekat pada tauhu.
  7. Apabila tauhu dah nampak sedikit garing, ulang proses tuang tepung pada kali kedua.
  8. Goreng hingga garing.
  9. Kemudian, tuang sos mayonis, sos takoyaki, mayonis dan cili sos pada tauhu
  10. Tabur bonito flakes dan serbuk seaweed dan siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Lisa Aisha

Baca juga: Kuih Apam Jepun @ Sri Gandus, Resipi Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN