Youtuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli mengumumkan bahawa perniagaan air balang yang diusahakannya akan dihentikan pada minggu ini.
Pengumuman mengenai perkara itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Syahmi Sazli Production.
Difahamkan, pemberhentian operasi perniagaan itu dibuat atas beberapa faktor, salah satunya adalah mengenai rasa bimbang terambil hak orang lain.
“Salam semua. Ni ada berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain) dan faktor lain lagi.
“Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, last Mi jual adalah esok (Khamis),” katanya dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, Syahmi juga berharap agar pihaknya mampu untuk menambah baik fasiliti perniagaannya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.
“InsyaAllah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dengan kedai yang lebih besar dan selesa,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut memohon agar orang ramai sentiasa menyokong filem kedua arahannya, 35mm yang bakal ditayangkan pada bulan ini.
“Terima kasih semua yang pernah mengunjungi kedai air balang Mi,” tambahnya lagi.
Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…
Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…