sup sayur sawi

Sup sayur sawi dengan bebola ikan ini merupakan hidangan yang penuh nostalgia, sering dimasak oleh ibu-ibu kita pada zaman kecil-kecil dulu.

Resipi ini menggabungkan bebola ikan yang dibuat dari ikan segar dengan sayur sawi yang dimasak dalam kuah yang lazat.

Jika ada yang ingin mengimbau kembali kenangan, jom cuba masak dengan menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Sayur Telur Dengan Suun ‘Berlambak’, Nampak Sempoi Tapi Punyalah Sedap

RESEPI SUP SAYUR SAWI BEBOLA IKAN LEGEND

Bahan-bahan bebola ikan:

  • 5-7 ekor ikan selayang (saiz bergantung kepada pilihan)
  • Garam secukup rasa
  • Perasa tambahan (jika suka)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 4-5 sudu tepung gandum (optional)

Cara buat bebola ikan:

  1. Buang tulang dari ikan selayang dan ambil isinya.
  2. Tumbuk isi ikan menggunakan lesung.
  3. Tambahkan garam, perasa (jika suka), dan lada sulah ke dalam adunan ikan. Gaul rata.
  4. Jika suka, tambahkan tepung gandum dan gaul sebati.
  5. Bentukkan adunan ikan menjadi bebola kecil.

Bahan-bahan sup:

  • 6 pokok sawi
  • 1 biji lada besar
  • 3-4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Suhun atau fucuk (jika suka)

Cara buat sup:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan lada hitam hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan bebola ikan yang telah dibentuk ke dalam periuk dengan tumisan.
  4. Biarkan mendidih selama 5 minit sehingga bebola ikan masak.
  5. Potong sawi dan masukkan ke dalam sup. Jika suka, masukkan juga suhun atau fucuk.
  6. Biarkan mendidih seketika sehingga sawi dan bahan tambahan empuk.
  7. Rasa dan sesuaikan garam atau perasa jika perlu.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Eizatul Fatanah Chik

Baca juga: Cara Masak Sup Ikan Supaya Tak Hancur, Makan Dengan Sambal Kicap Lagi Mantap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN