Categories: Resipi

Resipi Sup Mi Udon, Sangat Mengasyikkan Hirup Sewaktu Panas!

Sup mi udon adalah hidangan Jepun terkenal dengan rasa supnya yang ringan dan tidak kompleks. Hidangan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang tidak terlalu berat.

Apa yang menjadikan sup ini istimewa adalah gabungan ramuan-ramuan yang sederhana serta mi yang tebal dan kenyal ini sangat sesuai untuk menyerap kuah.

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Beef Shakshuka, Terlajak Mudah & Boleh Buat Kenyang 1 Hari

RESIPI SUP MI UDON

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (dicincang)
  • Sedikit serbuk perasa cendawan (mushroom seasoning)
  • Seaweed (rumpai laut)
  • Sedikit ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • Lobak putih (pilihan, potong nipis)
  • Japanese Dumpling (gunakan perisa udang atau pilihan anda)
  • Campuran steamboat (untuk dua orang makan sahaja)
  • Fucuk ikan
  • Sawi Jepun (Pak Choy)

Cara Penyediaan:

1. Goreng bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak sehingga kekuningan.

2. Setelah garing, asingkan bawang yang digoreng tadi dan simpan sedikit minyak goreng tersebut untuk kegunaan seterusnya.

3.  Dalam periuk, masukkan air dan tambahkan sedikit minyak bawang yang telah digunakan untuk menggoreng tadi.

4. Kemudian, masukkan sebahagian bawang yang telah digoreng bersama serbuk perasa cendawan, ikan bilis, dan garam secukupnya. Biarkan mendidih.

5.  Jika ada stok lobak putih, boleh masukkan hirisan lobak tersebut untuk memberikan rasa manis semula jadi kepada sup. Rebus bersama kuah sehingga lembut.

6. Setelah kuah mendidih dan lobak putih (jika ada) sudah lembut, masukkan dumpling Jepun dan campuran bahan steamboat seperti fucuk ikan. Biarkan bahan-bahan tersebut masak dengan baik.

7. Apabila dumpling dan bahan steamboat sudah masak, masukkan mee udon. Biarkan seketika sehingga mee lembut dan sebati dengan sup.

8.  Setelah sup siap, hidangkan bersama seaweed dan bawang goreng yang telah disimpan tadi. Taburkan daun bawang sebagai hiasan untuk menambah rasa dan warna.

9.  Jika suka pedas, tambah cili potong semasa makan untuk rasa yang lebih “umph!”

Sumber: Anna Lee

Baca lagi: Resipi Kerepek Pisang Guna Oven, Syok Makan Sebab Rangup & Tak Berminyak!

Aisha Qistina

Recent Posts

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

27 mins ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago