Categories: Resipi

Cara Masak Sup Ikan Dory, Menu Sihat Rasa Tak Bersalah Makan!

Sup ikan dory ini adalah pilihan yang tepat jika anda inginkan hidangan yang ringan, menyihatkan, dan tidak terlalu berat. Resipi ini amat mudah disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas.

Walaupun ada bahan yang boleh diganti jika tiada di dapur, hasilnya tetap sedap dan membuka selera. Bagi pencinta sup yang ingin menu cepat, resipi ini sangat sesuai untuk dicuba.

Anda juga boleh padankan sup ini bersama sambal belacan serta ulam-ulaman.

Jom kita lihat resipi penuh ini.

Baca lagi: Bingka Pandan Mudah Dan Ringkas Guna Blender, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau!

RESIPI SUP IKAN DORY

Bahan-bahan:

  • 1 keping filet ikan dory – dipotong kecil mengikut selera
  • Beberapa keping black fungus – rendam sehingga lembut
  • 1 liter air
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris (jika ada)
  • Sedikit ikan bilis (jika ada)
  • 1 bungkus sup bunjut ikan (boleh guna sup bunjut daging jika tiada)
  • Garam secukup rasa

Hiasan:

  • Bawang goreng atau daun bawang yang dipotong kecil (pilihan)

Cara Penyediaan:

1.  Potong black fungus kepada saiz kecil yang mudah untuk digigit selepas direndam hingga lembut.

2. Dalam periuk, masukkan air bersama bawang putih, halia, ikan bilis, dan sup bunjut. Biarkan mendidih supaya aroma bahan-bahan meresap ke dalam air.

3. Setelah sup mendidih, masukkan black fungus dan biarkan mereneh seketika.

4.  Masukkan potongan ikan dory ke dalam sup. Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak. Setelah itu, tambahkan garam secukup rasa.

5. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang untuk aroma yang lebih harum dan menarik.

Sumber: Nor Azian Jamil

Baca lagi: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

Aisha Qistina

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

2 days ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

2 days ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

2 days ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

2 days ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

3 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

3 days ago