sup crab stick

Siapa yang belum pernah cuba sup crab stick? Hidangan ini memang sesuai dijadikan comfort food untuk seisi keluarga. Paling sedap bila kuahnya dihirup panas-panas, memang membuka selera.

Boleh tambah cendawan, cili potong untuk pedas atau taburkan daun bawang dan minyak bijan untuk aroma lebih menarik. Pasti semua orang suka dan makan bertambah!

Baca juga: Cara Buat Mee Wantan Kicap & Dumpling Sup, Resipi Lengkap Dengan Bahan Sampingan Lain!

RESEPI SUP CRAB STICK

sup crab stick

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur (pecahkan dan kacau dalam bekas)
  • 3 batang filamen ketam, dihiris memanjang
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1.2 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Didihkan air bersama kiub pati ayam, bawang putih dan halia. Bila sudah mendidih, masukkan isi ketam dan kacau hingga masak.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung sambil kacau supaya tidak berketul. Teruskan kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  3. Seterusnya, tuangkan telur sambil terus dikacau agar tidak bergumpal.
  4. Jika ada cendawan di rumah, boleh juga dimasukkan ke dalam sup. Apa-apa jenis pun sesuai.
  5. Akhir sekali, masukkan garam, kicap dan cuka. Kacau sekejap dan tutup api.

Sup ketam siap untuk dihidang! Taburkan hirisan daun bawang dan sedikit minyak bijan untuk menambah aroma. Bagi yang suka pedas, boleh tambahkan cili potong.

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Resipi Makaroni Sup Yang Ringkas Tapi Power, Kuah Padu Sampai Hirup Tak Berhenti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN