sup ayam ala thai

Kalau dah bosan makan sup ayam biasa, apa kata jom cuba resepi sup ayam ala Thai ini. Sup ini ringkas saja, ada rasa masam-masam tomato yang mengiurkan.

Memang sangat sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan dengan nasi panas-panas. Jadi, kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Rahsia Sup Daging Sedap Sampai Jilat Mangkuk, Resipi Ini Buat Orang Makan Tak Henti!

RESEPI SUP AYAM ALA THAI

sup ayam ala thai

Bahan-bahan:

  • 4-5 ketul ayam
  • 1/2 bawang holland (potong kasar)
  • 1/2 lobak merah (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • Daun ketumbar dan akar
  • Garam, gula, kicap cair (sos ikan) – sukatan mengikut cita rasa masing-masing

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan akar ketumbar dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis seketika.
  3. Seterusnya, masukkan bawang holland dan sambung tumis hingga layu.
  4. Kemudian, masukkan tomato, air dan lobak merah. Tutup kuali dan kuatkan api, masak sampai mendidih.
  5. Setelah air dah mendidih, masukkan ayam dan teruskan memasak dengan api sederhana. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam masak.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan sos ikan mengikut cita rasa masing-masing.
  7. Bila dah siap, taburkan cili padi jika suka pedas.
  8. Sedia untuk dihidangkan dan selamat menjamu selera!

Sumber: Farah Din 

Baca juga: Sup Ayam Sedap Buat Tumis Darat, Menu Simple Tapi Rasa Tak Ingat Dunia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN