sukatan gula

Ada yang ambil peluang untuk buat jamuan atau kenduri pada hari minggu, tapi sebelum buat air jamuan, anda perlu tahu sukatan gula yang betul terlebih dahulu.

Antara air jamuan yang boleh disediakan seperti sirap, mangga, tembikai, epal asam boi dan banyak lagi. Selain makanan yang lazat, minuman juga perlu dihidangkan secara manis secukupnya dan segar ketika jamuan.

Baca juga: Mango Shake Leleh Yang Sedap, Minum Sejuk-Sejuk Terus Rasa Segar

Tetamu semestinya sukakan air jamuan yang sedap untuk diminum, lebih-lebih lagi jika cuaca panas dan tak menentu. Minuman yang terasa tawar boleh buatkan mereka kurang berpuas hati dengan jamuan yang disediakan.

Oleh sebab itu, anda perlu tahu tentang sukatan gula supaya air jamuan lebih sedap daripada biasa dan ia tak boleh main agak-agak saja ketika membuatnya.

Sesetengah orang memang mahir untuk mengagak berapa banyak gula yang diperlukan kerana sudah biasa, tapi ia tak menyebelahi buat mereka yang kurang mahir.

Tak perlu risau kerana kali ini kami akan kongsikan sukatan gula yang anda boleh gunakan ketika membuat air jamuan. Jom kita tengok!

SUKATAN GULA UNTUK AIR JAMUAN

sukatan gula

Anggaran 1 gelas air manis = 15 gram gula

1 kilogram gula = lebih kurang 60 gelas

200 gelas = 3 kilogram

400 gelas = 6 kilogram

800 gelas = 12 kilogram

Anggaran ini tak termasuk ais. Jika nak buat air yang berais, boleh lebihkan sukatan gula sedikit supaya tak risau air jadi tawar sebab ais.

Perlu diingatkan bahawa kiraan ini bukan untuk air kordial yang sudah bergula, jadi anda hanya boleh gunakan sukatan gula ini untuk air bancuhan biasa saja.

sukatan gula

Selepas ini, hilanglah masalah air jamuan yang terasa tawar apabila diminum. Kongsikan tips yang berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan supaya mereka dapat buat air yang sedap ketika jamuan nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: 5 Resipi Sirap Bandung Yang Sedap, Terpaling Padu Dengan Tekak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN