Categories: Hiburan

Kelab Suami Masak Apa Hari Ini Bakal Banjiri Stadium Batu Kawan 29 Oktober Ini

Kelab yang pernah viral ketika PKP dua tahun lalu, Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) yang aktif menerusi Facebook akan memeriahkan perjumpaan kedua mereka pada 29 Oktober ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Sempena perjumpaan itu juga, setiap peserta yang hadir dijangka memakai apron lambang kumpulan itu, bagi tujuan bergambar dan mencipta sejarah pertemuan itu.

Lebih menarik lagi, perjumpaan merentasi batasan kaum, agama dan pendirian politik itu, mendapat sokongan daripada ahli-ahlinya yang tampil menaja pelbagai aspek keperluan termasuk makanan, hadiah cabutan bertuah serta cendera hati.

Baca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dijadualkan akan turut hadir ke majlis itu yang diharap dapat menarik kehadiran pelancongan domestik bagi melawat negeri berkenaan menerusi laporan Berita Harian.

Pengasas Kumpulan SMAHI, Mohd Salleh Ab Hamid, mengakui beliau teruja dengan sambutan yang diterima melalui pra-pendaftaran yang dibuka sejak 4 bulan lalu, selepas kejayaan mengadakan perjumpaan pertamanya di Cyberjaya.

“Mewakili rakan admin FB SMAHI, kami berasa sangat gembira untuk berjumpa dengan semua ahli SMAHI secara bersemuka dari seluruh negara. Sebelum ini kami cuma berinteraksi menerusi laman Facebook dan laman sosial sahaja.

“Pada 29 Oktober nanti, kami dapat berkumpul bersama dan mengenali satu sama lain dengan lebih rapat serta bercerita kisah masing-masing sambil menjamu selera, memandangkan sudah dua tahun tidak dapat berjumpa,” katanya.

Majlis yang akan diadakan menggunakan konsep ‘potluck’ dan tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 20 jenis menu yang disediakan oleh ahli-ahli SMAHI sendiri.


Salleh berkata, beliau tidak menjangkakan kumpulan SMAHI yang berkongsi minat sama iaitu memasak, kini berkembang dan mendapat perhatian hingga luar negara seperti United Kingdom, Perancis, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Mesir dan juga Australia.

“Siapa sangka daripada minat terhadap masakan dan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang menjadi sebuah ‘brotherhood’ yang aktif berkhidmat kepada masyarakat dan kekal sebagai platform untuk para suami berkongsi juadah yang mereka masak hari setiap hari.

“Kami akan terus menganjurkan aktiviti sebegini dan berharap silaturrahim yang terjalin antara ahli SMAHI akan bertambah erat,” katanya.

SMAHI ditubuhkan pada 16 April 2020 dan sehingga kini telah berjaya mencatat jumlah keahlian melebihi 319,000 orang.

Perjumpaan di Pulau Pinang adalah kali kedua warga SMAHI berkumpul secara besar-besaran, selepas perjumpaan pertama di Malakat Mall sempena sambutan Aidilfitri yang lalu.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago