Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.
Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim. Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama.
Baca juga: Cara Buat Kek Pandan ‘Fluffy’, Bila Makan Terasa Seperti Di Awang-Awangan
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).
2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.
3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.
4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.
5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.
6. Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:
7. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.
8. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.
9. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.
10. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.
11. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).
12. Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.
Kredit: Nur Aisyah
Baca juga: Resipi Kek Marble Jelita Paling Sedap & Mudah, Ada 1 Bahan RAHSIA Wajib Letak
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…