Selalunya bila dah masuk waktu nak makan, kadang malas nak masak yang berat-berat. Jadi resipi ini sesuai untuk korang yang suka masak simple.
Resipi ini juga viral di media sosial dan ramai yang kata sedap selepas membuatnya. Nais!
Baca juga: Tular ‘Hack’ Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini
Jom kita ikuti resipi perkongsian daro Shuhada Shoberi ini. Katanya guna barang apa ada dekat rumah je.
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak untuk masak daging burger. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian, masukkan telur. Pastikan ia bulat sekata. Guna pan jenis non stick supaya telur tak melekat pada pan.
3. Bila telur dah agak masak, letakkan wrap ke atas telur dan biarkan ia melekat pada wrap tadi.
4. Bila dah masak, terbalikkan wrap tadi dan letakkan salad di atas lapisan telur.
5. Daging yang sudah masak tadi, racikkan ia menjadi kepingan yang lebih kecil.
6. Taburkan atas lapisan salad dan boleh letak sos cili.
7. Biarkan bahagoan wrap bawah sedikit garing.
8. Kemudian, lipat kepada dua wrap tersebut. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Nota: disebabkan pemilik resepi ni tak ada mayonis dan mozzarella, itu yang tiada dalam step yang dikongsikan. Tapi jika ada, picit mayonis bersama cili sos tadi. Kemudian tabur mozzarella cheese. Tutup kuali sekejap supaya cheese kita mencair. Barulah boleh silipat dan diangkat.
Selamat mencuba.
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…