Mari cuba ikuti resipi spaghetti tuna guna jenama Ayam Brand. Ia agak unik dan jika ingin tahu rasanya, memang kena cuba masak, sesuai untuk dinikmati ketika sarapan, makan tengahari, dan juga makan malam.
Jika tidak terasa nak makan nasi, boleh cuba buat hidangan ini. Resipi ini jarang didapati tetapi menggunakan tuna perisa cili lebih sedap. Resepi ini mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.
Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul
Resipi ini dikongsi oleh Cik Puan Shai Anne Ahemed. Tekstur spaghetti tuna ini sama seperti spaghetti olio aglio. Tidak basah seperti spaghetti bolognese dan carbonara. Untuk nikmat yang lebih, masakan ini perlu pedas. Pasti akan lebih ‘kick’.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Didihkan air di dalam pot bersama sedikit garam dan masak spaghetti mengikut arahan pada bungkusan atau sehingga al dente.
2. Selepas itu, toskan spaghetti dan letak di tepi.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali anti-lekat dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan Ayam Brand Chilli Tuna dan bahan-bahan lain seperti garam, lada hitam, serbuk oregano, serbuk lada hitam, dan serbuk cili (jika digunakan). Tumis selama 30-40 saat sehingga semua bahan sebati.
5. Masukkan spaghetti yang telah ditoskan ke dalam kuali dan kacau sehingga rata dengan tuna dan bahan-bahan lain.
6. Kurangkan api dan biarkan semua bahan meresap selama beberapa minit.
7. Hidangkan spaghetti tuna panas dengan setengah potong limau nipis di atasnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Shai Anne Ahemed
Baca juga: Cara Buat Pasta Goreng Keju SEDAP, Anak-Anak Mesti Laju Je Makan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…