Sekarang kan musim anak-anak ada jamuan di sekolah. Ibu-ibu tak usah pening kepala memikirkan menu untuk dimasak, buat je Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn ni.
Resipi yang dikongsikan oleh Hurun’Iin Malik ini sangat sedap, mudah dan cepat untuk disediakan. Jom kita try!
Baca juga: Sandwich Strawberry & Chocolate Peanut Butter, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm ‘Laris’!
1. Rebus spaghetti sehingga lembut. Bila dah lembut, tos spaghetti dan ketepikan seketika.
2. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga pekat kekuningan (roux).
4. Tuangkan satu tin susu cair.
5. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Boleh dihidang bersama spaghetti yang sudah direbus tadi dan jangan lupa taburkan popcorn chicken yang sudah dimasak.
8. Jika mahu dibawa untuk jamuan sekolah anak, ibu-ibu boleh pek spaghetti dalam bekas kecil seperti dalam gambar.
Kredit: Hurun’Iin Malik
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…