Sotong telur pecah masak Thai ini adalah hidangan yang popular di kalangan pencinta makanan Thai. Salah satu hidangan yang boleh dicuba untuk menu sahur hari ini.
Dengan kombinasi rasa masam, pedas, dan manis, hidangan ini pasti akan memuaskan selera anda. Ikuti resipi dari perkongsian Hadi Salleh ini.
Baca juga: Cara Siang Sotong Ikut Jenis, Panduan Lengkap Bagi Yang Nak Belajar
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sayur:
Cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumis serai, bawang putih, dan cili padi sehingga harum.
3. Masukkan pes tomyam dan pes Thai chilli ke dalam kuali. Gaul sehingga rempah ratus tercampur rata.
4. Tambahkan sos ikan dan gula kelapa Thai ke dalam kuali. Kacau sehingga gula larut.
5. Masukkan sotong yang telah disiang ke dalam kuali. Masak sehingga sotong empuk.
6. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau perlahan sehingga telur masak.
7. Masukkan tomato ceri, bawang holland, dan daun limau purut ke dalam kuali. Gaul rata.
8. Biarkan masakan mendidih sebentar sebelum dihidangkan.
Video penuh:
@hadimohdsalleh RESEPI SAHUR 15: Antara pilihan sahur saya kalau terasa nak makan nasi waktu sahur. Simple yet sedap! #inspirasiramadan #tiktokmalaysia #menusahur #menuberbuka #ramadhan #resepi #sotong #telurpecah #masakthai #fypシ
Hidangkan bersama dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa hidangkan bersama hirisan limau untuk rasa segar yang lebih memukau. Selamat mencuba!
Baca juga: Sotong Sumbat Sambal Telur Disirami Sos Thai, Kecur Air Liur Dibuatnya
Sumber: TikTok Hadi Salleh
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…