sotong masak hitam

Resepi sotong masak hitam ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terliur! Rasa pedas dan aroma rempahnya pasti buat sesiapa pun teringin nak tambah nasi.

Apa yang menarik, resipi ini super mudah dan cepat! Dengan bahan-bahan yang senang cari, anda boleh sediakan hidangan istimewa ini dalam waktu yang singkat.

Jom kita lihat cara membuatnya dan sajikan kepada keluarga tercinta. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Sotong Kembang, Guna Tips Ini Confirm Tak Liat!

RESEPI SOTONG MASAK HITAM PEDAS

Bahan-bahan:

  • Sotong 500g
  • Dakwat sotong
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Perahan asam jawa 1 sudu besar
  • Serai 1 batang (diketuk)
  • Halia 1 cm (dihiris)
  • Lengkuas 1 cm (dihiris)
  • Daun limau purut 2 keping
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Bawang putih 3-4 ulas (diketuk)
  • Bawang besar 1 biji (dipotong bulat)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit

Cara Masak:

  1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong. Rebus selama 2-3 minit, kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas, dan serbuk belacan. Diikuti dengan perahan air asam jawa.
  4. Masukkan sotong, dakwat sotong, dan bawang. Gaul rata dan masak seketika. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN