Mari cuba buat Sotong Masak Dakwat Hitam ini. Hidangan ini ialah satu masakan istimewa dari negeri Johor yang kurang dikenali ramai. Malah, salah satu menu kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.
Rupanya, agak luar biasa disebabkan warnanya yang hitam tetapi ia sangat lazat dan mudah untuk disediakan. Bahan-bahan tumisan dalam masakan ini dikisar untuk mendapatkan kuah yang gelap dan pekat.
Apabila bahan tumisan dikisar, dakwat sotong lebih mudah menyerap dan sebati. Dakwat sotong juga mengandungi bahan perisa semulajadi yang akan menambahkan rasa masakan ini.
Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’
Rahsia masak sotong atau apa-apa makanan laut ialah jangan masak terlalu lama, hentikan proses memasak sebelum sotong masak sepenuhnya kerana sotong akan terus memasak walaupun api telah dipadam dan dikeluarkan dari periuk.
Protein dalam sotong sangat cepat bertindakbalas dengan haba dan akan mengecut dan mengeluarkan air dan apabila air dari sotong ini keluar, sotong akan menjadi keras dan liat.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Lina Edman ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Kisarkan bahan tumisan yang perlu dikisar.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan campuran bahan kisar dan cili kisar.
3. Gaulkan rata dan tambah serai yang telah dititik.
4. Bila bahan tumisan sudah garing dan kering, masukkan sotong dan kantung dakwat sotong. Gaulkan supaya rata.
5. Tambahkan 2 sudu besar air supaya warna dakwat sotong diratakan didalam kuah. Gaulkan dan tambah sedikit lagi air tetapi jangan terlalu banyak kerana kuah perlu pekat.
6. Tambah garam, gula secukup rasa dan 1/2 sudu kecil pes asam Jawa. Jangan tambah asam Jawa terlalu awal kerana asid dalam asam Jawa akan membuatkan sotong menjadi liat.
7. Boleh juga tambah sedikit serbuk perasa jika anda suka.
8. Jangan masak sotong terlalu lama, padamkan api sebelum sotong masak sepenuhnya kerana sotong akan terus masak walaupun api telah dipadamkan.
9. Masakan ini seeloknya dihidangkan dengan segera selepas dimasak.
10. Hidangkan dengan hiasan cili potong dan daun sup.
Selamat mencuba resipi sotong masak dakwat ini.
Sumber: Lina Edman
Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berempah, Gaul Dengan Nasi Panas-panas, Nikmatnya!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…