sotong masak ala thai

Jom cuba resipi sotong masak ala thai yang mudah, lazat serta menyelerakan. Menu ini amat popular di sekitar kita. Selalunya, ia dijual di restoran thai, dan dihidangkan pada makan malam.

Baca juga: Kari Sotong Tumis Darat, Memang Sedap Menjilat Jari Guna Resipi Ini

Cara nak masak sotong masak ala thai ini pun boleh diikuti kerana ianya mudah. Bahan-bahannya juga boleh sotong masak cili ala thaididapati di pasaraya berdekatan sahaja.

Resipi ini dikongsikan oleh Cik Puan Wan Maslinda Wan Mohamed dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita tengok!


RESIPI SOTONG MASAK ALA THAI

sotong masak ala thai

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir / gula melaka)
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 2 biji limau nipis (perah jusnya, kulit limau dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar

Cara memasak:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan.

2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.

5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah okey.

6. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Cara Buat Sotong Sumbat Bakar Dalam Daun Pisang, Terangkat Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN