Sotong adalah antara makanan laut disukai ramai yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan dan salah satunya ialah Sotong Goreng Kunyit berkuah.
Sudah banyak kali pesan Sotong Goreng Kunyit ketika singgah makan di restoran yang menyediakan masakan panas, tapi biasanya ia dibuat secara kering saja.
Sesetengah orang terasa lebih puas jika makan lauk yang berkuah kerana boleh hirup sehingga terangkat selera dibuatnya.
Oleh itu, kami nak anda buat resipi lain dari yang lain iaitu Sotong Goreng Kunyit berkuah oleh mz.kitchens melalui video di TikTok ini. Jom cuba!
Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Gaul sotong bersama serbuk kunyit, serbuk cili dan garam sehingga sebati.
2. Kisar kasar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi.
3. Tumis bahan yang dikisar atau ditumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan sotong dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah, bawang holland dan cili besar.
5. Tambahkan air supaya berkuah dan kacau lagi. Siap untuk dihidang!
Selalu sangat makan dalam versi kering yang biasa, sekali-sekala anda boleh cuba ubah angin untuk buat Sotong Goreng Kunyit berkuah pula.
Keluarga anda pasti terkejut jika melihat hidangan ini kerana tak pernah dibuat oleh orang dan semestinya bukan biasa-biasa!
Jika keluarga anda bertanya tentang bagaimana cara memasaknya, boleh kongsikan resipi menarik ini kepada mereka nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: mz.kitchens
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…