PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-03-08 08:48:11
Pernah tak korang bila masak sotong, mesti ada masa sotong korang tu liat sikit dan tak sedap nak kunyah? Haa..Cara korang masak tu salah. So, harini kami akan kongsi cara untuk buat sotong korang lembut dan sedap untuk dimakan!
Menurut apa yang dikatakan oleh Marliana Shamsuddin, ramai orang sanggup berbelanja lebih dan cari restoran makanan laut yang terbaik untuk mendapat makanan laut yang semestinya lebih segar dan enak.
Makanan laut ini terdiri daripada ikan, sotong, udang, kepah, lala dan lain-lain. Untuk masak hidangan ini, ia memerlukan teknik yang tersendiri. Sebagai contoh, sotong, ia memerlukan cara yang tersendiri untuk pastikan dagingnya tidak liat selepas dimasak.
Terdapat 6 cara mudah yang Mamak Haji dah kongsikan yang kita boleh praktiskan supaya sotong yang dimasak tak akan menjadi liat dan juga kecut.
TEKNIK MEMASAK SOTONG
- Lepas kita bersihkan sotong, ketuk sotong dengan kitchen mallet tapi pastikan tidak terlalu kuat agar isinya tidak terkoyak. Sesudah diketuk, potong bulat atau mengikut cita rasa anda.
- Jangan masak sotong terlalu lama kerana isinya akan menjadi keras. Kalau korang guna suhu yang tinggi, pastikan sotong dimasak dari 1 ke 3 minit sahaja. Kalau lebih dari tu, sotong akan menjadi liat dan tidak sedap untuk dimakan.
- Reneh sotong tersebut dengan api sederhana supaya kuah kari menjadi pekat dan juga isi sotong menjadi lembut. Jika anda menggunakan air panas, gunakan teknik yang sama iaitu masak sotong tersebut selama 1 hingga 3 minit sahaja.
- Gunakan perahan jus lemon ataupun limau nipis untuk melembutkan sotong. Ini kerana asid dari jus tersebut akan membuang bau hanyir dari sotong dan juga melembutkan isinya.
- Sesetengah orang Perancis suka rendam sotong dalam air susu untuk lembutkan isinya kerana susu mengandungi asid laktik. Korang boleh guna cara dengan merendam sotong semalaman ataupun sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk sebelum masak.
- Dakwat hitam dari sotong boleh disimpan dan digunakan dalam masakan kerana ianya tidak beracun. Dakwat sotong boleh digunakan untuk memasak ikan kicap dan juga sayur kicap kerana ia akan memberi aroma yang menyelerakan untuk masakan korang.
TIPS EKSTRA
- Kalau korang letak sotong dalam salad korang, rendam sotong dalam air yang mendidih selama 5 minit sahaja dan kemudian toskan dan terus letakkan dalam air sejuk supaya sotong tersebut tak liat.
- Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sotong.
- Untuk mengelakkan sotong dari kecut, pastikan anda rendam sotong tersebut di dalam air yang bercampur cuka selama 5 minit.
SUMBER: MARLIANA SHAMSUDDIN