Categories: Resipi

Soto Daging Tetel Campur Tulang, Ada Tips Jadikan Sup Lebih Sedap!

Lihat dalam peti, masih ada lebihan daging korban sempena Hari Raya Haji. Nampaknya bolehlah buat Soto Daging yang sangat sedap untuk juadah hari ini bukan?

Maklumlah sudah sering dengan soto ayam, sesekali tukar selera kepada Soto Daging pula. Anda boleh gunakan daging tetel atau daging cincang untuk membuatnya.

Seperti perkongsikan Nennie Khuzaifah di blognya, beliau membuat Soto Daging Tetel Campur Tulang yang sangat menarik. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Sup Tulang & Daging, Resipi Super Mudah & Sangat Sedap!

RESIPI SOTO DAGING TETEL CAMPUR TULANG

Bahan-bahan:

  • 700gm daging tetel atau cincang (boleh tambah)
  • 1kg tulang lembu
  • Bihun secukup (dicelur)
  • Nasi impit secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • Daun sup secukupnya (diracik halus)
  • Daun bawang secukupnya (diracik halus)
  • 2 paket sup bunjut
  • 400gm taugeh (dicelur)
  • 1 peket besar suhun (digoreng)
  • 3 batang serai (saiz besar di titik)
  • 4 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 liter air (boleh tambah atau kurangkan)
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia

Bahan-bahan rempah dikisar halus:

  • 1½ sudu besar ketumbar biji*
  • 1½ sudu besar jintan putih*
  • 1 hingga 2 sudu besar lada hitam*

*Semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit atau sampai wangi dengan api sederhana besar, kemudian dikisar sampai halus.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • Kicap manis secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, kemudian goreng sehingga wangi.

2. Masukkan air dalam periuk bersama tulang dan daging tetel yang sudah dibersihkan serta dipotong kecil.

3, Masukkan daun pandan, serai, sup bunjut serta rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap, kemudian biarkan sup mendidih dan sampai daging masak serta empuk.

4. Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup atau daun bawang yang sudah diracik halus-halus.

5. Tumbuk semua cili api dan bawang putih sampai lumat. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan masukkan kicap secukupnya, kemudian gaul rata.

6. Goreng suhun, celurkan bihun serta taugeh dan potong nasi impit. Siap untuk dihidang!

Soto Daging enak dimakan dengan kuah pekat dan rasa yang asli. Sesetengah orang lebih sukakan kuah yang cair, lihat pada selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Nennie Khuzaifah

Baca juga: Bergedel Ayam Sedap & Sambal Kicap, Macam Ini Baru Lengkap Soto!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago