Categories: Resipi

Resepi Sos Pencicah Thailand Paling Simple, Ini Rahsia Sedap Macam Beli

Pernah tak terliur tengok sos pencicah Thailand yang merah menyala dekat restoran Thailand? Rasa pedas, masam dan manis dia memang lain macam, buat kita teringat-ingat saja.

Resepi sos pencicah Thailand ini senang saja nak biat. Bahan-bahan pun mudah didapati. Antaranya cili besar, cili api, bawang putih, gula kabung Thai, sos ikan, cuka, dan tepung ubi. Itu saja bahan rahsia nak hasilkan sos pencicah ala restoran Thailand.

Sos pencicah ini sesuai untuk apa sahaja makanan kegemaran anda! Anda boleh menikmatinya bersama keropok, goreng-gorengan, ayam goreng atau apa sahaja makanan kegemaran anda!

Baca juga: Cara Buat Sos Hijau Vietnam Roll Ketagih, Resipi Tak Perlu Masak Atas Dapur

RESEPI SOS PENCICAH THAILAND

Bahan-bahan:

  • 10 cili besar
  • 10 tangkai cili api merah
  • 800ml air untuk kisar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar gula kabung Thai
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 cawan cuka makan
  • 3 sudu besar tepung ubi kayu atau tepung jagung (cairkan bersama 1/2 cawan air)

Cara-cara:

  1. Potong kecil cili besar untuk senang dikisar.
  2. Kisar cili besar bersama cili api merah dan bawang putih.
  3. Setelah siap dikisar, tuang ke dalam periuk dan hidupkan api.
  4. Masukkan juga gula kabung Thai, sos ikan, gula dan cuka makan.
  5. Masak sehingga mendidih.
  6. Biarkan mereneh sehingga cili masak.
  7. Setelah cili masak, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.
  9. Kacau dengan cepat untuk elak berketul.
  10. Setelah sos pekat, biarkan mendidih dan mereneh seketika.
  11. Jika sudah mendidih, boleh tutup api.
  12. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas atau botol bertutup.

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Hana

Baca juga: Resipi Sos Bawang Putih Macam Kedai Pak Arab, Buat Sendiri Je

Nasiha

Recent Posts

Resipi Getuk Ubi Kayu ‘Rangup’, Letak Atas Meja Terus Licin!

Pasti ramai suka makan ubi getuk yang lemak manis, rangup di luar dan lembut di…

2 hours ago

Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!

Biasanya kita dengar orang buat kek indulgence, tapi kali ini lain dari yang lain. Baru-baru…

3 hours ago

Resepi Chicken Tenders Versi Bajet, Tak Perlu Guna Banyak Bahan!

Resepi chicken tenders ini memang mudah! Tak perlu bahan yang banyak pun, cuma guna beberapa…

3 hours ago

Wanita Kongsi Resipi Agar Agar Kelapa Selasih, Cantik Macam Kolam Ikan!

Setelah penat seharian di luar, mesti tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Nak lebih mudah,…

4 hours ago

Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka!

Sedapnya gulai ikan! Tapi pernah tak terfikir, kenapa ada gulai ikan yang rasanya biasa-biasa je…

5 hours ago

Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur

Nampak ada ikan dan asam jawa di dapur, terus terfikir nak masak lauk yang paling…

5 hours ago