
Teringin nak berbuka puasa dengan minuman manis dan menyegarkan? Sirap Bandung Selasih adalah pilihan terbaik! Kombinasi manis sirap ros, lemak susu, kesegaran pudina, dan tekstur unik biji selasih pasti buat anda rasa segar sebaik sahaja berbuka.
Minuman ini mudah disediakan di rumah, sesuai untuk keluarga dan sahabat. Dengan buah longan, ais krim soda, dan sedikit perisa vanilla, sirap bandung selasih bukan sahaja sedap tetapi juga cantik dipandang.
Baca juga: Buka Puasa Lebih Nikmat Dengan Air Cincau Ais, Buat Macam INI Supaya Segar & Manis Untuk Ramadan
RESIPI SIRAP BANDUNG SELASIH

Bahan-bahan:
- 15 gm biji selasih
- 7–8 helai daun pudina
- 1 tin buah longan
- 1 tin susu cair
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 1–1.5 sudu besar sirap ros (ikut kemanisan)
- 1 sudu besar esen vanilla
- 1 botol aiskrim soda
- Air batu secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Rendam Biji Selasih
Rendam biji selasih dalam air panas beberapa minit hingga kembang. Kacau supaya tidak melekat. Tapis dan ketepikan.
2. Sediakan Mangkok Besar
Masukkan daun pudina ke dalam mangkuk besar untuk aroma segar.
3. Campurkan Susu Dan Perisa
Tuang susu cair, tambah susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan Sirap Ros
Tambah sirap ros 1–1.5 sudu besar mengikut citarasa.
5. Tambahkan Buah Longan dan Biji Selasih
Tuang tin buah longan beserta airnya. Masukkan biji selasih yang telah direndam.
6. Tuang Air Batu dan Aiskrim Soda
Tambah air batu secukupnya untuk kesejukan. Akhir sekali, tuang ais krim soda dan kacau perlahan. Siap untuk dinikmati!
Tips Buat Sirap Bandung Selasih Lagi Sedap
- Jangan rendam biji selasih terlalu lama supaya tidak lembik.
- Tambah sirap ros jika mahu lebih manis dan pekat.
- Hancurkan sedikit daun pudina untuk aroma lebih segar.
- Masukkan ais krim soda sebelum dihidang supaya minuman tetap berbuih dan segar.
Resipi sirap bandung selasih ini mudah, sedap dan menyegarkan. Minuman sejuk ini pasti membuat waktu berbuka puasa lebih menyeronokkan. Cubalah di rumah, confirm puas hati!
Selamat mencuba!
Sumber: My Naturity- Aromaterapi dan Produk Penjagaan Kulit Semula Jadi
Baca juga: Resepi Air Detox Soda Terbaik Untuk Berbuka, Gabungan Laici, Lemon & Pudina Yang Menyegarkan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














