Categories: Resipi

Resipi Serbuk Colek Padu. Rasa Pedas Manja, Masin & Manis Boleh Buat Ketagih!

Serbuk colek buah memang sangat sedap kalau dicicah dengan jambu, mangga, nanas, dan buah-buahan lain. Rasa pedas manja, masin, dan manisnya memang bikin susah nak berhenti!

Untuk anda yang suka colek buah, resipi oleh Puan Mariana Zainal ini patut dicuba. Sesuai sangat untuk simpan stok di rumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Sos Namplawan, Colek Buah Versi Thai Yang Mengiurkan. Memang Lain Dari Lain!

RESEPI SERBUK COLEK BUAH

Bahan-bahan:

  • 20 tangkai cili kering
  • Segenggam udang kering (tak nak letak pun boleh, tapi kurang rasa. Sebaiknya letak)
  • Belacan sebesar ibu jari (boleh tambahkan jika mahu)
  • 2 ½ cawan gula pasir halus (kalau guna gula pasir kasar, kisar sekali dengan bahan-bahan lain)
  • 2 sudu kecil garam halus (kurang, baru tambah)

Cara-cara:

  1. Guna api sederhana perlahan.
  2. Sangai (goreng tanpa minyak) cili kering hingga garing, kemudian angkat dan biarkan sejuk.
  3. Kemudian, sangai udang kering dan belacan hingga garing (biarkan sejuk).
  4. Kisar cili kering, udang kering, dan belacan menggunakan pengisar kering hingga halus.
  5. Seterusnya, dalam satu bekas, satukan gula pasir, bahan kisar, dan garam. Gaul rata.
  6. Jika kurang garam, boleh tambah lagi secukup rasa.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal

Baca juga: AWAS! Elak Makan 7 Jenis Buah Ini Malam-Malam, Jadi Penyebab Masalah Ini…

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago