Serbuk colek ala thai ni kalau makan dengan jambu batu atau mangga, memang syahdu! Nikmat yang amat sangat. Bila dah makan confirm tak boleh berhenti.
Ramai juga yang suka makan buah cicah kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba colek pedas-pedas manis ala Thai ni.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan ‘menyengat’, jom kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ni di rumah hasil perkongsian Nur Masri.
Baca juga: Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Simpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan-Bulan!
1. Basuh cili kering, toskan dan sangai. (saya guna cili kering tak pedas)
2. Basuh udang kering toskan dan sangai.
3. Bakar belacan.
4. Setelah bahan sejuk, kisar semua bahan guna blender kering.
5. Campurkan semua bahan, gaul sebati.
6. Boleh tambah garam jika kurang masin, jika tidak suka pedas boleh tambah gula. Ikut selera masing2.
Kredit: Nur Masri
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…