serbuk coklat

Rupa-rupanya ada cara untuk berjimat daripada membeli serbuk coklat di luar dengan membuatnya sendiri di rumah. Lagi bersih dan berkhasiat!

Macam yang kita tahu, minuman coklat memang menjadi kegemaran anak-anak. Rasa yang berlemak diminum pula sejuk-sejuk memang nikmat!

Baca juga: Sapuan Coklat Ala Nutella, Buat Sendiri Di Rumah Guna 4 BAHAN Ini

Cara nak sediakan minuman bercoklat ni tak susah pun tau, asalkan mama ada bahan-bahan yang diperlukan. Hanya campurkan sahaja dan sedia dibancuh.

Bagi mendapatkan tektur air coklat yang sedap berkrim, anda harus menggunakan gula halus. Kalau nak tambah letak krim dekat atas memang lagi menggoda.

Ikuti resipi homemade dari perkongsian Cik Puan Mazliana Mazlan dari Facebook ini. Menurut beliau, tak sampai 10 saat dah siap dah nak buat serbuk coklat ini. 


RESIPI BANCUHAN SERBUK COKLAT 

serbuk coklat

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaan:

1. Masuk semua bahan dalam pengisar, kisar sampai halus.

2. Saya guna Thermomix, express kisar 10 saat je dah dapat tekstur halus macam milo. Pantaskan.

3. Bila serbuk dah halus, boleh terus simpan dalam balang untuk stok. Dah boleh buat bancuhan air untuk anak-anak.

4. Siap!

Cara bancuh air minuman:

  • Panaskan 1 cawan susu segar sampai naik wap sikit, letak serbuk coklat dalam 3 sudu besar atau nak lagi rasa coklat tambah
  • Kacau sampai ia mendidih dan larut
  • Siap untuk diminum. kalau nak rasa lagi sedap letak marshmallow dan krim kat atas tu lagi bertambah sedap

Selamat mencuba resipi serbuk coklat yang sihat ini. Anak-anak mesti berhantu suruh bancuh air lagi. Memang tak pandang dah jenama air coklat yang lain.

Baca juga: Cara Buat Coklat Bar Bubble Rice Ala KitKat, Guna 3 Bahan Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN