Perencah nasi goreng merupakan bahan yang mempercepatkan proses penyediaan nasi goreng anda. Dengan hanya menggunakan perencah ini, boleh terhasil sepinggan nasi goreng yang lazat dan mengenyangkan.
Perencah nasi goreng diperbuat dari pelbagai jenis rempah dan bahan-bahan lain yang dicampurkan menjadi satu.
Berikut merupakan kebaikan perencah nasi goreng:
- Memudahkan proses memasak nasi goreng
- Meringkaskan masa memasak
- Boleh menyediakan pelbagai jenis nasi goreng
- Menjimatkan wang kerana tidak perlu beli nasi goreng di kedai
- Membantu mereka yang kurang pakar dalam masakan untuk menyediakan nasi goreng yang sedap dan lazat
Baca juga: Cara Buat Pes Tomyam Homemade Kaw, Boleh Guna Untuk Aneka Masakan Lain Juga!
SENARAI PERENCAH NASI GORENG S
1. SERI AJI PERENCAH NASI GORENG
Ia adalah campuran lengkap dari pelbagai bahan dan perasa berkualiti tinggi untuk memberikan rasa nasi goreng yang cukup rasa dan lazat.
Saiz hidangan: Untuk 4-5 pax nasi goreng (550g beras).
2. ADABI PES NASI GORENG
Perencah ini adalah campuran dari pelbagai bahan dan perasa berkualiti tinggi untuk memberikan anda rasa yang lengkap dan lazat. Perencah ini berjenis pes dan sangat sesuai di bawa ke mana sahaja.
Saiz hidangan: Untuk 2 pax nasi goreng.
3. ADABI SERBUK NASI GORENG
Perencah ini jenis berjenis serbuk dan sangat sesuai di bawa ke mana sahaja kerana ianya ringan.
Saiz hidangan: Untuk 2 pax nasi goreng.
4. MAGGI PES NASI GORENG
Jika menggunakan perencah ini, anda tidak perlu lagi menambahkan perasa lain.
Saiz hidangan: Untuk 4-6 pax nasi goreng.
5. CIKSURI PES NASI GORENG
Diperbuat dari bahan ramuan yang sangat berkualiti serta rasa yang sangat sedap membuatkan anda pasti nak lagi.
Saiz hidangan: Untuk 2 pax nasi goreng.
6. LOBO ORIENTAL FRIED RICE SEASONING
Produk berkualiti import daripada Thailand yang dijamin halal. Paling penting, tiada MSG, pewarna atau pengawet tambahann.
Saiz hidangan: Untuk 2 pax nasi goreng.
7. SUDEE PES SEGERA
Ramuan yang lengkap, sedap dan juga dijamin halal. Terdapat juga pilihan untuk jenis masakan lain.
Saiz hidangan: Untuk 5 pax nasi goreng.
8. EZEEFOOD NASI GORENG KAMPUNG
Nasi goreng ‘readymade’ yang hanya perlu dipanaskan semula sahaja. Sesuai untuk kegunaan perkhemahan, aktiviti luar dan pengembaraan.
Saiz hidangan: Untuk 1-2 pax nasi goreng.
9. JAPAN NAGATANIEN CHAHAN
Perencah Nasi Goreng Nagatanien adalah untuk membuat Chahan iaitu nasi goreng ala Jepun. Ianya telah dilengkapi dengan ramuan nasi goreng seperti udang, ayam, dan sayur-sayuran.
Saiz hidangan: Untuk 1-3 pax nasi goreng.
10. TUMISAN BONDA PES
Pes Masakan Tumisan Bonda amat mudah dan lazat sama seperti masakan ibu didapur. Ianya lengkap dengan pelbagai ramuan dan rempah.
Saiz hidangan: Untuk 4-6 pax nasi goreng.
11. M’DEE PERENCAH NASI GORENG
Produk diiktiraf Halal Malaysia. Citarasa Nasi Goreng Kampung Asli. Sangat ringkas dan mudah disediakan.
12. INDOFOOD BUMBU RACIK
Produk asli daripada Indonesia. Rasanya sangat sedap dan lazat. Mempunyai ramuan yang lengkap untuk memasak nasi goreng.
Saiz hidangan: Untuk 3-4 pax nasi goreng.
Sumber: Dapur Mangkaak
Baca juga: Cara Buat Stok Pes Kunyit Serbaguna, Tinggal Lumur Je Tiap Kali Nak Menggoreng!