Categories: Resepi

Semudah ABC, Ini Resepi Jjajangmyeon Viral & Keenakannya Sampai Termimpi-Mimpi ‘Terbang’ Ke Korea

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-18 03:54:01

Sekarang tak perlu pergi ke Korea untuk menikmati kelazatan jjajangmyeon. Masak sendiri lebih sedap dan mudah. Hanya beberapa minit siap dimasak dan sedap sehinggakan boleh termimpi-mimpi ke Korea. Jadi mari kita cuba resepi mudah Jjajangmyeon yang dikongsikan oleh Kaione TheRogue di Facebook.

 

Kredit: Kaione TheRogue

 

Bahan-bahan:

  • Mee Tarik (nak pakai spaghetti pun boleh)
  • Kobis
  • Lobak putih (radish)
  • Kentang
  • Timun
  • Daun bawang (spring onions atau green onions).

 

Kredit: Kaione TheRogue

 

 

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Black bean paste
  • Tepung jagung/ubi
  • Bawang holland,
  • Ayam atau daging (ikut citarasa sendiri)

Semua bahan diatas dipotong dadu dengan saiz yg hampir sama kecuali timun, spring onion dan tepung jagung.

 

 

Kredit: Kaione TheRogue

 

 

Cara-cara:

  1. Mula-mula tumiskan dulu black bean paste. Sekejap je, bukan sampai hangit. Agak-agak dah mula mengelegak, angkat asingkan ketepi. Proses ini bagi tujuan nak dapat smoky flavour pada paste.
  2. Masukkan minyak dalam kuali kemudian stir fry ayam dengan daun bawang. Kemudian masukkan lobak putih dengan kentang. Stir fry lagi. Kemudian baru masukkan bawang holland. (lobak putih dengan kentang keras berbanding bahan lain. Disebabkan itu, kena masuk awal dan stir fry lama sikit).
  3. Bila bahan-bahan (ayam, kentang dan sebagainya) separuh masak, buat ruang di tengah-tengah untuk masukkan ‘black bean paste’. Kacau bagi sebati bersama bahan-bahan lain.
  4. Masukkan 1 cawan stok ayam. Kacau lagi. Kalau malas nak buat stok ayam boleh guna kiub ayam, kalau malas lagi boleh masukkan 1 cawan air sahaja pun dah okay.
  5. Tutup kuali dengan penutup, tunggu sampai mengelegak baru tutup api.
  6. Bila dah tutup api, tuang tepung jagung yang telah dibancuh dengan air kedalam kuali sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan. Penting untuk masukkan sikit-sikit sambil kacau supaya kuah tak terlebih likat. Kelikatan kuah sepatutnya macam kelikatan sos cili.
  7. Sambil-sambil tu boleh masak mee tarik sama macam masak spaghetti. Jerang air panas dalam periuk, masukkan sedikit garam. Bila dah masak, toskan mee. Renjiskan sedikit minyak bijan atau minyak zaitun supaya mee tidak melekat atau bergumpal.
  8. Bila dah siap masukkan mee dan kuah kedalam mangkuk. Hiaskan dengan timun yang dihiris panjang dan taburan biji bijan.
  9. Sedia dihidangkan. Cara untuk makan adalah dengan menggaulkan kesemuanya sekali dan makan menggunakan chopstick untuk rasa lebih seperti di Korea!

 

Kredit: Kaione TheRogue

 

 

Kredit: Kaione TheRogue

 

 

Kredit: Kaione TheRogue

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Kaione TheRogue

myresipi

Recent Posts

Tip Elak Bergedel Merekah & Hancur Selepas Digoreng, Ada Rahsia Kena Buat!

Resepi bergedil ini cukup mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan sebagai…

2 hours ago

Resipi Ayam Goreng Bawang Putih, Guna Teknik Ini Pasti Lebih ‘Juicy’!

Kami akan kongsikan resipi ayam goreng bawang putih yang menggunakan teknik brine iaitu merendam ayam…

4 hours ago

Beza Kailan Dan Sawi, Ada Petua Untuk Buang Rasa Pahitnya Sebelum Masak

Ketika membeli sayur, pasti pernah lihat sayur kailan yang serupa dengan sawi. Sebenarnya, senang saja…

5 hours ago

Jelly Buah Guna Acuan Lompang, Masa Makan Terasa Manis Buah-Buahan Segar!

Buat penggemar agar-agar, kali ini apa kata jom cuba resepi jelly buah yang mudah, sedap…

6 hours ago

Agar Agar Santan Gula Melaka, Resipi Tanpa Telur Ini Lebih Terasa Nikmatnya!

Cuaca yang panas membuatkan tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Oleh itu, kami nak kongsikan…

6 hours ago

Resipi Bihun Goreng Tomyam Anti Hancur, Sesuai Untuk Jamuan Besar!

Membuat juadah resipi bihun goreng tomyam ini adalah pilihan sempurna untuk majlis besar atau jamuan…

8 hours ago