sate dan kuah kacang

Sate dan Kuah Kacang antara juadah wajib dihidang bila tiba hari raya. Jom ikuti resipi sate dan kuah kacang simple di sini.

Mudah untuk diikuti dan ringkas. Selain dinikmati di musim perayaan, ia juga sesuai dijadikan sajian harian. Makan dengan nasi impit di waktu pagi atau nikmati bersama sate untuk makan malam, memang enak.

Baca juga: Simpan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost Rupanya!

Bagi ibu yang sibuk resipi sedap yang mudah dimasak tentunya jadi pilihan. Nak cuba? Jom ikuti resipi dari perkongsian Encik Zaky Mat Ali ini.


RESIPI SATE DAN KUAH KACANG SIMPLE

sate dan kuah kacang

Bahan-bahan sate:

  • 1 ekor ayam di potong 12
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

Bahan kisar sate:

  • 1/2 kg bawang merah
  • 50 g jintan manis
  • 30 g jintan putih
  • 300 g lengkuas
  • 200 g halia
  • 50 g kunyit
  • 5 batang serai

Cara buat sate ayam:

1. Perap ayam bersama bahan kisar sekitar 6 jam.

2. Tusuk sate dengan lidi sehingga habis.

3. Siapkan arang dan bakar hingga tinggal bara sahaja.Bakar hingga masak.

4. Boleh gunakan kipas untuk menstabilkan haba.

5. Sebelum masak sepenuhnya, renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk.

sate dan kuah kacang

Bahan kuah kacang:

  • 600 gm kacang tanah di sangai
  • 1 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan cili kering di kisar
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • 5 biji bawang besar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu besar garam halus

Cara buat kuah kacang: 

1. Masak kacang tanah dengan cara di sangai.

2. Buang kulit kacang dan sejukkan, kemudian direndam seketika sebelum dikisar.

3. Kisar dengan blender guna air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, nanti jadi bubur.

4. Mayang bawang besar dan tumis di periuk hingga wangi.

5. Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

6. Lepas tu, masukkan kacang yang telah di blend kira-kira 2-3 cawan air.

7. Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam agar ada rasa manis sikit.


Begitulah caranya untuk buat sate dan kuah kacang. Resepi sate ni nak kata susah sangat pun tak, Cuma kena beli barang dapur banyak sikit lebih-lebih lagi rempah ratus.

Barulah rasa sama macam dekat kedai. Kalau buat ramai-ramai dengan family pasti tak terasa penatnya, malah lebih seronok.

Selamat mencuba!

Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN