Categories: Resipi

Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!

Sudah sampai waktunya untuk minum petang, jadi bolehlah gunakan masa lapang ini untuk buat Sardin Roll yang rangup untuk keluarga di rumah.

Ramai risau Sardin Roll terbuka semasa goreng, namun Arm Ika telah tunjukkan teknik gulung yang cukup mudah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Tuna Gulung Viral Buat Ramai ‘Berhantu’, Makan Sekali Mesti Nak Lagi

RESIPI SARDIN ROLL

Bahan-bahan untuk inti sardin:

  • 1 tin kecik sardin (lenyek-lenyek hancur isi ikan)
  • 1 biji kentang
  • ½ atau 1 batang lobak merah
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • 3 hingga 4 sudu besar cili kisar (jika suka pedas)

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (agak-agak)
  • Garam (larutkan dalam air)
  • ½ cawan minyak
  • 2 sudu besar marjerin

Cara-cara membuat inti:

1. Parutkan kentang dan lobak merah, kemudian potong bawang merah dan putih secara dadu, nipis-nipis sedikit.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang, serta masukkan cili, kemudian tumis sampai pecah minyak.

3. Masukkan lobak merah dan kentang bersama sedikit air, kemudian kacau sampai air kering.

4. Masukkan sardin dan perasakannya, kemudian masak sampai air kering lagi. Siap!

Cara-cara membuat kulit:

1. Panaskan minyak dan marjerin terlebih dahulu.

2. Masukkan minyak panas tadi ke dalam mangkuk bersama tepung, kemudian gaul dengan senduk sampai jadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan air sejuk dan uli sampai sebati, kemudian bolehlah canai dan bentukkannya. Siap!

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bulatkn doh tepung, canai nipis dan memanjang. Letak inti di bahagian tengah dan toreh buat garisan2 di hujung.

2. Lipat, tutup inti dan tekan-tekan rapat keliling inti supaya inti tak meleleh keluar semasa nak gulung nanti.

3. Gulung guna dua-dua tangan. Jari kiri dan kanan letak di bahagian tepi dan boleh gulung sambil jari tekan-tekan di bahagian tepi supaya hasil rapat, cantik dan kemas. Sapu sedikit air di hujung supaya tak terbuka semasa goreng nanti.

4. Akhir sekali, goreng dalam minyak panas sehingga keperangan, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Jika nak jadikan Sardin Roll ini sebagai makanan sejuk beku, anda hanya perlu goreng separuh masak atau bakar saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Arm Ika

Baca juga: Roti Sardin Goreng Tanpa Telur, Sedapnya Boleh Tahan Sampai Petang!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago