Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je.
Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Tak renyah pun nak masak dan yang penting boleh buat pinggan bertambah.
Tapi macam mana nak bagi lauk ini tahan lama dan sentiasa rangup?
Sebab mudah sikit kerja kita hanya tinggal masak nasi je bila tak ada mood nak memasak nanti.
Jangan risau, ada petuanya yang dikongsikan sendiri oleh Ira Yussof II di Facebook.
Kadang bila dah masak, bila dan simpan still tak rangup rasa kriuk-kriuk tempe tu sebab dah terangin. Jom ikut petua-petua di bawah.
Petua 1: Guna cili kering kisar
Cili kering tu korang kisar tapi jangan kisar dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang separuh jag blender tu, air plak bagi lebih sikit dari separuh tu.
Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Selepas itu, guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.
Petua 2: Tempe, kacang dan ikan bilis goreng asing
Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu kena goreng dulu dan goreng berasingan.
Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, dan akhir sekali goreng ikan bilis. Ketepikan.
Masa sambal tu dah hampir siap nanti, panas-panas gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.
Petua 3: Kisar bawang holland dan bawang putih
Bawang plak jangan guna bawang tumbuk. Blend jugak. Guna bawang holland dan bawang putih tau. Bawang lain tak berapa jadi.
Petua 4: Gula
Gula plak guna gula putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna Gulapong. Serius lagi sedap.
Gulapong ni spesis gula melaka cumanya gulapong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat online kalau nak cuba gula tu.
Petua 5: Jangan letak segala jenis sos
Nak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.
Petua 6: Potong tempe nipis-nipis
Tempe tu jangan la segedabak tebal potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter.
Itu la 6 petua utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Sebenarnya, nak masak ni ikut je selera kita nak macam mana rasa makanan tu.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas