Categories: Resipi

Resipi Sambal Telur Mata Ringkas Tapi Sedap, Warna Pun Merah Elok!

Sambal telur mata adalah hidangan yang sederhana, tapi mampu membuatkan kita makan nasi bertambah. Dinikmati pula dengan nasi panas, memang sedap sehingga menjilat jari.

Kami yakin ramai yang sudah tahu cara memasak hidangan ini. Namun, apa kata kali ini anda cuba resepi sambal telur mata yang dikongsikan oleh Puan Syalfarina Razali di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!

RESEPI SAMBAL TELUR MATA

Bahan-bahan yang Diperlukan:

  • 2 biji telur
  • 4 biji bawang merah sederhana
  • 6 biji bawang putih
  • Udang kering (halus)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 senduk kecil cili kisar
  • 1 sudu besar gula (ikut selera)
  • Air asam jawa (atau setengah sudu besar pes asam jawa)
  • Bawang holland (hiris)
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara memasak:

  1. Goreng telur mata hingga masak.
  2. Kisar bawang merah dan bawang putih hingga halus. Sediakan udang kering yang telah dihancurkan.
  3. Tumis bawang yang telah dikisar dengan minyak panas. Tambahkan udang kering dan masak hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Tambahkan gula, jika suka sambal yang sedikit manis.
  6. Setelah sambal garing, masukkan air asam jawa.
  7. Tambahkan hirisan bawang holland dan perasa secukupnya.
  8. Masukkan telur yang telah digoreng dan ratakan sambal. Tutup api setelah sekejap.

Kredit: Syalfarina Razali

Baca juga: Resipi Telur Kicap Sos Tiram Padu, Suami Puji Paling Sedap Di Dunia

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

9 hours ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

11 hours ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

11 hours ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

13 hours ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

13 hours ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

13 hours ago