Orang Malaysia suka makan nasi berlauk dengan sambal kerana tak lengkap jika tiada pedasnya dan ramai juga yang mencari resipi Sambal Tanpa Belacan.
Kebanyakan sambal dibuat dengan menggunakan belacan untuk menambahkan kesedapannya, namun bagaimana pula jika tiba-tiba stok belacan sudah habis di rumah?
Jangan risau kerana anda masih boleh buat Sambal Tanpa Belacan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Suzy Honey di Facebook ini.
Menurut beliau, resipi Sambal Tanpa Belacan ini diajar oleh bibik (orang gaji) di rumahnya yang sangat mahir dalam membuat pelbagai jenis sambal. Jom kita cuba!
Baca juga: Sambal Budu Tak Pakai Banyak Minyak, Sedar-Sedar Nasi Dah Dua Pinggan!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus sekejap semua bawang, lada dan tomato sampai lembut sedikit.
2. Seterusnya, toskan dan tumbuk saja sehingga lumat dengan lesung batu. Nak kisar pun boleh.
3. Selepas itu, tumis bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian, campurkan garam dan gula. Selaraskan ikut citarasa masing-masing.
4. Akhir sekali, tumis saja sampai masak. Siap untuk digunakan!
Oleh itu, tak perlu panik jika tiada belacan di rumah kerana anda boleh guna resipi Sambal Tanpa Belacan ini untuk hasilkan sambal yang sedap tak terkata.
Resipi ini sangat mudah dan ringkas, sesuai untuk mereka yang nak cepat siap masak. Selain itu, ia juga boleh tahan lama.
Bukan setakat sedap dimakan bersama ayam atau ikan goreng, malah anda boleh nikmatinya dengan pelbagai jenis makanan seperti keropok lekor, popia, dimsum dan lain-lain sebagai pencicah.
Jangan lupa untuk kongsikan resipi ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka makan nasi berlauk dengan sambal tau.
Selamat mencuba!
Sumber: Suzy Honey
Baca juga: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…