sambal pucuk ubi

Pucuk ubi sering dibuat secara masak lemak, tapi kali ini kami nak kongsikan resipi lain dari yang lain untuk anda cuba iaitu Sambal Pucuk Ubi dalam versi paling rangup.

Selain secara basah, anda juga boleh buat Sambal Pucuk Ubi dalam bentuk kering dan ia sungguh rangup serta sedap dimakan bersama nasi berlauk yang panas.

Mawar Alina telah kongsikan cara buat Sambal Pucuk Ubi yang telah menarik perhatian ramai kerana hasil rangupnya yang sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sambal Belacan Siam, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Sedap Beraroma

RESIPI SAMBAL PUCUK UBI RANGUP

sambal pucuk ubi

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, pastikan minyak betul-betul panas. Jangan masukkan pucuk ubi terlalu banyak sebab nanti jadi tak garing. Goreng pucuk ubi dan toskan minyak dalam dulang yang beralas tisu dapur.

*Tips untuk kurangkan minyak, simpan pucuk ubi yang telah siap digoreng dalam bekas bertutup, lapik dengan kertas tisu. Biarkan lebih kurang 24 jam, nanti tisu akan serap minyak yang brlebihan.

2. Potong cili kering dan buang biji, kemudian basuh bersih dan rebus sekejap. Bilas bersih-bersih dan toskan airnya (saya biarkan semalaman, baru goreng sampai garing).

3. Kemudian, gorengkan ikan kering (ikutlah nak pakai jenis apa pun).

4. Seterusnya, kisarkan ikan kering, bawang goreng dan cili kering. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

5. Selepas itu, gaulkan dengan pucuk ubi goreng. Siap untuk digunakan!

*Tips extra, selepas gaulkan dengan rempah-rempah sambal, toskan skali lagi dalam bekas kedap udara, lapikkan dengan tisu dapur dan biar 24 jam baru elok kejadiannya.

sambal pucuk ubi

Selain dimakan dengan nasi, ada juga sesetengah orang yang jadikan Sambal Pucuk Ubi yang rangup ini sebagai makanan untuk kunyah-kunyah. Jadi, bertambahlah koleksi kudapan untuk anda nikmati di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Mawar Alina

Baca juga: Cara Buat Sambal Tanpa Belacan, Resipi Dari Bibik Ini Boleh Tahan Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN