sambal paru

Sambutan Hari Raya Haji semestinya cukup meriah dengan ibadah korban. Paling seronok apabila dapat bahagian paru lembu kerana boleh buat Sambal Paru yang sedap.

Sesiapa saja yang menyukai bahagian dalaman lembu pasti takkan menolak jika dihidangkan di depan mata.

Jika ada paru lembu, anda boleh ikut resipi Sambal Paru dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Masliana Ibrahim di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Paru Goreng Crispy, Kena Ikut ‘Tips’ Ini Barulah Rangup Elok!

RESIPI SAMBAL PARU

sambal paru

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Basuh paru bersih-bersih dengan air garam untuk hilangkan bau.

2. Rebus paru sehingga masak dan potong nipis-nipis, kemudian goreng sekejap, jika suka garing boleh goreng sehingga garing.

sambal paru

3. Mulakan dengan santan, dipanaskan dengan api perlahan sehingga ia jadi minyak atau hampir semuanya hasilkan minyak. Masak dalam kuali asing ya.

4. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar lumat dan lada giling.

5. Tunggu sehingga bahan tadi masak betul-betul sehingga naik minyak.

6. Masukkan paru yang telah dipotong nipis tadi dan sedikit air, kemudian gaul sebati hingga nampak kepekatan yang dimahukan.

7. Pastikan santan tadi dah bertukar jadi minyak atau jika ia masih ada putih-putih santan yang dah hampir kering, boleh hentikan masakan santan.

8. Sebatikan santan tadi dan masukkan ke dalam gorengan sambal paru, kemudian kacau sebati.

9. Masukkan serai ketuk atau daun kunyit untuk tambah rasa dan mewangikan sambal paru, diikuti dengan nisang dan garam secukupnya.

10. Gaul sebati dan boleh angkat. Siap untuk dihidang!

Sambal Paru ini boleh dijadikan sebagai sambal tambahan atau dimakan dengan nasi lemak.

Selamat mencuba!

Sumber: Masliana Ibrahim

Baca juga: Sambal Paru Garing Yang Pasti Akan Menjadi Menu Kegemaran Anda

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN