Resipi sambal ikan masin gonjeng perkongsian oleh Nuriani Buang ini cukup istimewa. Mana tidaknya, ia merupakan resipi ibunya yang berasal dari negeri Sarawak.
Cara penyediaannya sangat mudah, hanya memerlukan beberapa bahan sahaja iaitu ikan gonjeng masin, cili, gula dan ajinomoto.
Pertama sekali, goreng ikan masin terlebih dahulu. Kemudian baru disatukan dengan bahan-bahan lain dan ditumbuk sehingga hancur.
Ada satu lauk ini pun dijamin akan bertambah nasi, sangat berselera dibuatnya! Oleh itu, mari kita membuatnya jika ada yang mahu mencuba.
Baca juga: Mudah Sangat Cara Buat Sambal Pijak Gajah Ni, Guna 4 Bahan Je!
RESIPI SAMBAL IKAN MASIN GONJENG
Bahan-bahan:
- Ikan gonjeng masin
- Cili (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai)
- Gula
- Ajinomoto (tak perlu letak kalau tak suka)
Cara penyediaan:
1. Goreng ikan gonjeng masin terlebih dahulu.
2. Selepas siap digoreng, tumbuk ikan gonjeng masin bersama cili dan gula. Ubai suai rasa mengikut selera, pastikan seimbang rasa pedas, manis dan masin.
3. Apabila sudah tumbuk sehingga hancur dan sebati, kaup ke dalam bekas dan sedia untuk dihidangkan.
4. Cukup sedap jika dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!
Info: Orang sarawak memanggil ikan dengan nama ikan masin gonjeng. Di semenanjung pula, ia dipanggil dengan nama ikan masih bulu ayam.
Baca juga: Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Menu Bahaya Sebab Boleh Bertambah Nasi!
Kredit resipi dan gambar: Nuriari Buang