Entri hari ini merupakan resipi yang kaya dengan rasa pedas, masam serta lemak santan iaitu sambal daging bersantan. Lauk ini enak dimakan bersama nasi panas.
Tidak perlu mukadimah terlalu panjang kerana perut sudah berkeroncong, jom kita baca resipi perkongsian oleh Cik Puan Syalfarina Razali ini.
Baca lagi: Sosej Gunting Lazat Untuk Minum Petang, Macam Beli Kat Pasar Malam!
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
1. Rebus daging sehingga separuh masak atau jika mahu lebih rasa pada daging, boleh terus masukkan daging ke dalam sambal tanpa merebusnya terlebih dahulu. Ini akan mengambil lebih masa, tetapi daging akan lebih menyerap rasa sambal.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan buah keras.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau yang harum.
4. Masukkan 2 senduk cili kisar dan kacau hingga cili pecah minyak. Jika anda merebus daging terlebih dahulu, pastikan cili kisar dimasak hingga pecah minyak sebelum memasukkan daging.
5. Jika anda tidak merebus daging, masukkan daging terus ke dalam cili kisar selepas cili dimasukkan, dan biarkan ia reneh bersama-sama hingga daging menjadi lembut.
6. Tambahkan 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, dan bunga lawang) ke dalam tumisan untuk memberikan aroma yang kaya.
7. Masukkan hirisan tomato dan biarkan tomato hancur sepenuhnya dalam sambal untuk menambah sedikit rasa manis dan masam pada sambal.
8. Biarkan daging reneh dalam sambal selama lebih kurang 1 jam setengah atau sehingga daging menjadi lembut. Pastikan sambal tidak terlalu berair kerana kita akan menambah air asam jawa nanti.
9. Setelah daging lembut dan sambal kering kembali, masukkan sedikit air asam jawa untuk menghilangkan rasa muak dan menambah sedikit rasa masam. Tambahkan juga sedikit gula untuk menyeimbangkan rasa.
10. Apabila tekstur sambal sudah pekat dan cantik, masukkan hirisan bawang dan 4 sudu besar santan. Santan akan memberikan rasa lemak pada sambal dan menjadikannya lebih berkrim.
11. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Pastikan rasa sambal daging mempunyai keseimbangan antara rasa masam, manis, dan pedas.
12. Setelah semuanya sebati, tutup api dan sambal daging bersantan siap untuk dihidangkan.
Tip:
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Ayam Goreng Karamel Simple, Dia Punya Salutan Sampai Ke Tulang Nikmatnya
Petua ubi kayu ini sesuai dicuba kalau ada lebihan ubi kayu di rumah tetapi belum…
Kalau nak masak resepi bubur nasi simple, tak perlu pening fikir banyak bahan. Guna beras,…
Kalau sedang cari resipi kek batik sedap yang rasa coklatnya lebih pekat dan ada tekstur…
Bendi goreng memang sedap dimakan bersama nasi panas, tetapi teksturnya yang terlalu berlendir kadang-kadang boleh…
Spaghetti Ayam Creamy Truffle ini memang terasa seperti hidangan ala kafe! Ayam yang rangup dan…
Kalau suka cucur yang garing di luar tetapi penuh dengan udang dan sayur, cucur udang…