
Nak rasa sambal yang lain macam sedapnya, cuba Sambal Bali dari EnakDeya ini. Bukan saja wangi dan pedas secukup rasa, malah sesuai cicah dengan keropok, ayam goreng dan sebagainya.
Walaupun namanya Sambal Bali, ia sangat serbaguna. Sedap dimakan dengan nasi panas, lauk goreng, nasi lemak atau dijadikan pencicah. Pendek kata, semua orang boleh layan sambal ini.
Baca juga: Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik
SAMBAL BALI DARI ENAKDEYA, INSPIRASI DARIPADA SAMBAL MATAH INDONESIA

Diinspirasikan daripada sambal matah Indonesia, Sambal Bali dari EnakDeya gunakan bahan segar seperti cili, bawang dan serai. Sesuai dengan selera rakyat Malaysia, tak terlalu pedas tapi tetap buat ketagih.
Salah satu keistimewaan sambal ini ialah aromanya yang wangi dan menggoda, hasil tumisan bahan segar dan rempah yang sempurna. Rasanya pula seimbang, pedas menyengat tapi selesa, masin-manis secukup rasa dan tak terlalu berminyak.
Keunikan sambal ini terletak pada bahan berkualiti dan rasa yang memang ngam dengan tekak orang Malaysia. Sesuai sangat dengan gaya hidup sekarang, nak cepat, senang, tapi tetap rasa macam air tangan sendiri.
SERASI DENGAN APA JUA HIDANGAN

Sambal Bali dari EnakDeya ini memang serbaguna dalam hidangan. Boleh makan dengan nasi lemak, mee rebus, ayam goreng atau jadi bahan asas masakan seperti sambal sotong.
Sambal ini juga pilihan ramai kerana kualitinya premium, tahan lama, mudah disimpan dan pembungkusannya pun kemas jadi sesuai sangat nak dijadikan sebagai buah tangan.

Pendek kata, jika anda nak masak cepat dengan sambal yang mudah digunakan dan tetap mengekalkan rasa asli, Sambal Bali dari EnakDeya pilihan tepat untuk dicuba di rumah.
Jika teringin nak rasa sendiri keistimewaan sambal ini, boleh terus ke Instagram @enakdeya.my atau TikTok @enakdeya.my.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Bali Versi Cepat Siap, Gerenti Makan Sampai Bertambah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














