Kuey teow sering menjadi pilihan ramai untuk dimasak pada sarapan pagi mahupun makan malam. Antara salah satu menu mudah menggunakan kuey teow adalah kuey teow goreng. Nak tahu tak tips goreng kuey teow dengan betul?
Rupanya ada cara menggoreng kuey teow untuk mengelakkan ia menjadi lembik, kembang dan hancur apabila digoreng. Pasti ramai yang pernah mengalami masalah seperti ini kan?
Kalau anda nak tahu cara-cara untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi, boleh ikuti perkongsian oleh Yurni Emilia yang berkongsikan tips menggoreng kuey teow dengan betul.
Dah banyak kali nampak ahli group ini mengalami krisis menggoreng kuey teow. Di sini saya nak kongsi tips untuk menyelamatkan keadaan ya.
1. Kuey teow tidak serasi dengan air.
2. Kuey teow sangat serasi dengan minyak. Jadi, lebihkan minyak apabila menggoreng.
3. Kalau nak masak kuey teow penang style, letak sedikit minyak bijan. Sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.
4. Lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/sos tomato.
5. Tambah air jika perlu sahaja, contohnya jika nak masak Char Kuey Teow banjir.
6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur kering sedikit sebelum digaulkan dan kacau dengan kuey teow yang sedang digoreng.
Kredit resipi dan gambar: Yurni Emilia
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…