roti telur cheese

Tercari-cari resipi sarapan pagi yang sedap dan cepat? Jom cuba roti telur cheese ini! Rasanya memang sedap, makan sekeping dijamin tak cukup.

Roti telur ini senang saja nak buat. Anda hanya perlukan roti, telur dan keju. Goreng roti dengan telur sampai garing, kemudian letak keju atas roti itu. Fuhh, memang terliur!

Boleh buat sarapan pagi sebelum anak pergi sekolah. Kalau tak sempat makan di rumah, boleh bungkus bawa bekal.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat roti telur cheese sekarang! Confirm tak menyesal punya.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!

RESEPI ROTI TELUR CHEESE

roti telur cheese

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar planta
  • Serbuk lada putih ajishio
  • Roti putih Gardenia
  • Mushroom seasoning
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Kepingan keju cheddar
  • Daun bawang, dihiris halus
  • Cili merah, dipotong dadu
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur, masukkan ke dalam mangkuk, pukul dengan garfu.
  2. Masukkan serbuk lada putih, mushroom seasoning, daun bawang, cili merah, garam, dan mayonis. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Panaskan planta dan campurkan sedikit minyak.
  4. Ambil roti, celup dalam adunan telur tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang dipanaskan. Bila sudah kekuningan, terbalikkan permukaan satu lagi. Boleh juga gunakan planta sahaja untuk membakar roti atas pan.
  6. Angkat dan letakkan kepingan keju, kemudian letakkan lagi sekeping roti di atasnya.
  7. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri

Baca juga: Resipi Mian Bao Xia, Roti Goreng Inti Udang Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN