
Bagi ibu yang sering menyediakan makanan untuk anak-anak, homemade nuggets boleh menjadi pilihan terbaik untuk dijadikan stok dalam freezer. Selain lebih menjimatkan, nugget buatan sendiri juga membolehkan anda memilih sendiri bahan yang digunakan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Huspalita Hussain Arif berkongsi resipi nugget ayam yang sering dibuat berulang kali di rumah. Menariknya, nugget ini tidak memerlukan acuan khas kerana boleh dibentuk mengikut kreativiti sendiri, malah saiz kecil lebih sesuai untuk anak prasekolah.
RESEPI HOMEMADE NUGGETS AYAM

Bahan-bahan:
- 450g dada ayam
- 50g lobak merah
- 1 kiub ayam
- 1 biji telur
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil lada sulah
- ¼ sudu kecil lada hitam
- 4 sudu besar tepung jagung
Cara-cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar kesemua bahan sehingga menjadi adunan yang halus dan sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut bentuk yang disukai.
4. Susun nugget yang telah dibentuk dan simpan dalam freezer sehingga bahagian luar nugget mengeras.
5. Keluarkan nugget dari freezer, kemudian celupkan ke dalam putih telur.
6. Gaulkan nugget bersama breadcrumbs sehingga bersalut rata.
7. Goreng nugget sehingga berwarna keemasan dan rangup sebelum dihidangkan.
Tips Buat Homemade Nuggets Ayam Lebih Sedap
- Gunakan dada ayam segar supaya tekstur nugget lebih lembut dan tidak kering.
- Bentukkan nugget dalam saiz kecil agar mudah dimakan oleh anak-anak.
- Simpan nugget dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus sebelum dimasukkan ke freezer supaya kekal elok.
- Jangan goreng menggunakan api terlalu besar supaya bahagian dalam nugget masak sempurna.
- Anda boleh tambah sayuran seperti lobak merah atau sayuran lain untuk meningkatkan khasiat.
Dengan resipi ringkas ini, anda tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada nugget segera yang dijual di pasaran. Homemade nuggets ayam yang dibuat sendiri bukan sahaja mudah disimpan, malah boleh menjadi pilihan makanan cepat dan sedap untuk seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Huspalita Hussain Arif
Baca juga: Patutlah Kuih Sagu Selalu Tak Menjadi, Rupanya Sukatan Air Kena Betul Begini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














