Categories: Resipi

Roti Sardin Goreng Rangup, Sekali Gigit Memang Susah Nak Berhenti!

Pelbagai resipi boleh dibuat menggunakan roti. Ada orang suka cicah kari, ada juga yang suka sapu jem atau kaya, tapi kali ini jom cuba menu roti sardin goreng rangup di rumah.

Bukan setakat caranya mudah, malah bahannya juga ringkas. Apabila siap, memang jadi kudapan yang puas hati. Paling seronok, inti sardinnya boleh diolah mengikut citarasa.

Resipi roti sardin goreng rangup yang dikongsikan oleh Shafiqah Abd Razak di Facebook ini sesuai sangat dibuat untuk sarapan atau minum petang di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Telur Tanpa Minyak, Resipi Jimat & Mudah Buat Anak Kenyang Sampai Tengah Hari

RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 1 buku roti Gardenia (saiz pendek)
  • 1 tin besar sardin (buang tulang, goreng sekejap dan angkat)
  • Sedikit air asam jawa (anggaran secukupnya)
  • 1 biji bawang merah besar (dihiris)
  • Garam atau secukup rasa
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air sejuk (anggaran secukupnya)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat inti sardin:

1. Hancurkan ikan sardin yang sudah digoreng tadi (jangan terlalu lumat, biar kasar sikit).

2. Ambil sedikit saja sos sardin, masukkan bawang merah hiris, air asam jawa dan secukup rasa.

3. Gaul rata. jika suka pedas boleh tambah cili api.

Cara-cara membuat roti sardin:

1. Ambil sekeping roti, ratakan inti di atasnya (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal). Tutup dengan sekeping lagi roti.

2. Potong roti menjadi bentuk segitiga. Ulang sampai habis.

3. Sediakan bancuhan tepung iaitu campurkan tepung gandum, telur, secukup rasa, serbuk kunyit dan air sejuk. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair, kacau sampai sebati.

4. Celup roti berinti tadi ke dalam bancuhan tepung. Hati-hati supaya inti tak terkeluar.

5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng roti sampai keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dinikmati!

Jika ada roti lebih kat rumah, jangan biarkan keras begitu saja. Jom cuba resipi roti sardin goreng rangup ini, pasti hasilnya rangup di luar dan lembut berintikan sardin di dalam.

Selamat mencuba!

Sumber: Shafiqah Abd Razak

Baca juga: Resepi Roti Sardin Gulung Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

Aimi

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

24 hours ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago