Kalau ibu-ibu tiada idea nak masak apa untuk makan malam, apa kata jom cuba resipi roti puri tanpa yis ini.
Siapa yang belum pernah mencubanya, memang wajib rasa sebab roti puri ini sangat sedap! Ia lembut di dalam dan sedikit garing di luar.
Sesuai dicicah dengan kari, sambal, sardin, gulai atau sebagainya mengikut selera masing-masing. Resipinya juga cukup mudah kerana tidak menggunakan yis. Jadi, tak perlu perap lama!
Jom ikuti resipi lengkap perkongsian daripada Aisyah Humaira di bawah.
Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!
CARA BUAT ROTI PURI TANPA YIS
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum Era
- 2 sudu besar tepung Suji/Semolina
- 1 sudu besar gula perang Better Brown
- 1/2 sudu kecil garam
- Air secukupnya
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan diatas dalam bekas kecuali air.Kacau rata dan tuang air sedikit-sedikit sambil uli sehingga sebati, lembut dan adunan doh tak melekat di tangan.
2. Bulatkan doh mengikut saiz yang disukai. Golek doh beberapa kali dalam tepung Suji dan canai bagi leper.
3. Goreng roti sehingga keperangan dan sedia untuk dihidangkan.
Tips: Jika mahu roti puri kembung dan berongga adalah perlu minyak yang banyak ketika menggoreng dan siram-siram minyak atas roti sehingga roti menggembung.
RESEPI GULAI KARI AYAM
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam potong kecil
- 1/2 cawan santan jika suka berlemak lebihkan
- 2 -3 sudu besar rempah gulai
- 4 sudu besar penuh cili kisar/ciliboh atau ikut pedas disukai
- 2 biji ubi kentang dipotong kecil1 keping asam keping
- Gula perang
- Garam secukup rasa
Bahan kisar:
- 5 biji bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
Cara memasak:
1. Tumis cili boh hingga terbit minyak, Masukkan bahan kisar Menggunakan Api perlahan dan tumis lagi hingga pecah minyak. Sesekali kacau untuk elak hangus.
2. Guna api sederhana. Setelah bahan tumis pecah minyak bolehlah Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air mengikut banyak kuah yang disukai.
3. Kemudian tukar api besar, masukkan ubi kentang dan kacau sebati. Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.
4. Tukar kepada api perlahan pula, reneh gulai sehingga terbit minyak dan semua masak. Siap dan sedia dihidang.
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!