roti puding kayangan

Pernah cuba Puding Roti Kayangan? Memang sedap tau sebab selalunya puding ini menggunakan roti putih, tapi yang ini unik sikit sebab menggunakan roti coklat kismis. Lagi sedap!

Kebiasannya, puding roti kayangan ini dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Tapi kalau dah anak-anak suka, nak dijadikan sarapan atau makan snacks tengah hari pun tak ada masalah.

Yang menjadikan hidangan ini sedap adalah sos creamy yang diletakkan di atasnya. Bila nampak dah meleleh ke bawah, memang lagi terliur dibuatnya!

Baca juga: Cara Buat Puding Buah Kastard SEDAP, Resipi Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Munirah Jasamai di Facebook dan perkongsiaannya itu meraih perhatian pengguna sebanyak 7.6k tanda suka dan 15k perkongsiaan. Viral tau!

RESIPI ROTI PUDING KAYANGAN

Kalau musim hujan, lagi bertambah nikmat nak makan pencuci mulut ini. 

Portion hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan: 

2 kotak susu coklat
2 biji telur
1 bungkus roti coklat kismis

Cara-caranya:

1. Penyek roti dulu dalam dulang, kemudian lapik baking paper untuk mudahkan nak uruskan.

2. Pukul 2 biji telur dan 2 kotak susu coklat, tuang atas roti dipenyek tadi

3. Biar sekejap, biar roti semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.

4. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu 180′, dah panaskan oven bawa masuk yang dah ready dalam 30 minit suhu 180 C,macam mana nak tau dah masak, susu atas keras, bau pun semerbak, cucuk dengan lidi tengok melekat atau tidak.

5. Selepas bakar, bagi sejuk, kemudian masuk peti sejuk.

Bahan sos creamy:

1 tin susu cair
1 tin air, sukat dalam tin yang sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula

Cara-caranya:

1. Buka api perlahan, kacau sampai kental.

2. Dah siap sejukkan letak dalam peti sejuk.

Mudah je kan! Tinggal hidang dalam pinggan dan tuang sos creamy di atas puding. Lepastu Bismillah dan ngap! Harap perkongsian ini membantu korang buat puding roti kayangan yang sedap.

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN